Saturday, May 8, 2021

Resepi Tepung Bungkus gedik-gedik


Ya Allah..
Lamanya tak makan tepung bungkus..
Teringin sangat-sangat nak makan tepung bungkus gedik-gedik..
Selalunya boleh jumpa yang gedik-gedik ni kat Kelantan je..
Tempat lain macam kurang gedik-gediknya..


Kenapa gedik-gedik
Sebab inti nyor tu langsung tak digentel bulat-bulat dulu dengan tepung pulut atau tepung beras.
Alaaaa...yang macam orang gentel2 buat onde-onde tu..
Ni inti nyor semata-semata.
Laku keras kat rumah ni sebab juri-juri dalam rumah semua puji sedap sangat..


Dan tekstur tepung tu pun lembut je.
Tak kental sangat.
Lebih sedap dan gedik2 dalam mulut gitu..


Boleh refer video kat atas ya cara-cara nak membuatnya..

Bahan-bahan untuk tepung:
1 cawan tepung beras
1 kotak 200ml santan
3 cawan air 
secubit garam

- Masukkan kesemua bahan2 diatas ke dalam periuk. 
-Kacau2 hingga sebati. 
-Kemudian boleh masak di atas dapur sehingga adunan sedikit kental.
-Sentiasa kacau-kacau untuk elakkan adunan berketul.

Bahan - bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
2 gelung gula melaka
2 sudu gula putih
3 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air (atau secukupnya)
Secubit garam

- Masak air bersama gula melaka, gula putih dan garam sehingga larut.
- Masukkan pula kelapa parut. Masak sehingga air hampir kering.
- Kemudian masukkan tepung, kacau2 sebati dan masak lagi hingga inti kering
- Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan jadi inti dalam tepung bungkus


Ni cara nak buat tepung bungkus..
Mula2 letak adunan tepung yang dah dimasak sebelah bawah..
Lepas tu letak inti. Suka hati nak letak inti tengah2 boleh, nak letak tepi kiri kanan pun boleh.


Kemudian, ambil lagi adunan tepung tadi dan letak kat bahagian atas untuk tutup inti..


Lepas tu boleh lah balut tepung tadi dengan daun pisang.
Dan kukus selama 10 minit sahaja..
Nak makan biar tepung bungkus sejuk dulu ya baru buka daun pisang tu.
Kalau tak nanti tepung bungkus tu tak cantik dan tak "terletak" kejadiannya..

Yummm yummm..
Selamat mencuba..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: