Friday, August 30, 2019

Semangat Kemerdekaan di GO JB CHOCOLATE



Halah..halah..
Semangat Kemerdekaan kami datang dulu..
Gambar diatas adalah Edutour pada 27/8/19 dari Tadika Genius Al-Latif, Iskandar Puteri.

Cikgu2nya teruja betul..
Selalu nampak kat FB apron purple, ni apron Merdeka pula katanya.


Ya cikgu, mana-mana sekolah yang buat edutour sepanjang minggu akhir bulan Ogos dan sepanjang bulan September, akan dapat apron limited edition sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Selagi stok masih ada.


Halah halah..
Tak boleh Move On dengan kecomelan adik2 yang pakai apron limited edition ni..
Cikgu2 pun macam tau2 je siap sedondon tudung merdeka juga.
Gambar diatas adalah Edutour pada 28/8/19 dari Tadika Al-A'qil Cawangan Pulai Indah dan Seri Orkid.


Yang ni Edutour semalam 29/8/19 dari Sekolah Orang Asli Sek Keb Runchang, Pahang.
Walaupun berbeza negeri, berbeza etnik, berbeza agama..
Tapi kami bangga dengan pencapaian Malaysia.
Oh ya mereka semua diatas bukan Islam ya.
Hanya seorang pelajar yang bertudung dan guru2nya sahaja Islam.
Namun ia tidak menghalang kami utk sama2 menyambut hari Merdeka.


Ini juga Edutour semalam 29/8/19 dari Sek Keb Pogoh, Segamat.
Lain macam semangat kemerdekaan lepas pakai apron edisi Merdeka ni.
Walaupun mereka mungkin tidak begitu faham lagi erti "MERDEKA", namun ekspresi kebebasan dalam kehidupan seharian mereka sangatlah priceless.

Bulan September sesi pagi dah fully booked ya.
Sesi petang pun tinggal beberapa je tarikh kosong lagi.
Boleh whatsapps 010-6468383 untuk maklumat lanjut mengenai pakej2 Edutour.

Banggalah kita menjadi Rakyat Malaysia!


:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: