Friday, August 2, 2019

ShioKaze Teppan || A Japanese restaurant offers Teppanyaki with live cooking

We come back again..
Craving Satisfied..
A place to return back to satisfy cravings.


Kali ke 2 kami makan di Japanese Restaurant yang terletak di Sand and Sandals Desaru beach resort & spa ni. Oh ya ni masa Cuti Pertabalan Agong pada 30 Julai baru-baru ni.


Yang bestnya kat sini selain dari macam2 jenis daging/ Teppayanki yang kita boleh pilih, ada live cooking juga. Tu yang seronok tu.


Jauh datang balik hari semata2 nak makan Teppayanki best kat sini.
Padahal malamnya tadi dah makan kat Sushi King, makanan Jepun juga.
Nampak gaya kena gi bercuti kat Jepun lagilah ni repeat makan Kobe Beef ya. Hihi..


Salt bae ke ni...;-)


Ni menunya .
Ayah Damia lah ni teringin bebenor nak makan beef Teppanyaki..
Dihidangkan bersama nasi beras Jepun dan juga sup Miso.


Selain dari makanan Jepun, terdapat aneka makanan lagi dalam menu.
Restoran Asian food & Chinese Restaurant sebelah2 je dengan ShioKaze Teppan ni..
So boleh juga order sekali tapi makan kat sini.
Kiranya macam central kitchen kat hotel ni lah.
Yang penting semua HALAL.

Ntah apa namanya menu ni tapi lebih kurang Chicken Chop lah..
Aleesya yang order ni.


Nasi goreng kampung Ayyunie yang order.
Ayyunie kalau tak makan nasi tak sah..hihi


Desaru Fried Char Kuew Tiaw saya punya.
Rasanya sedap juga rasa dan bau hangit2 kuali gitu..Haha..


Semestinya Daim punya..
Fettucini Carbonara.


Uolsss boleh tengok video cam mana Live Cooking tu ya.

***********************************************************************

Throwback sat.
Ni pula masa kami stay kat Sand and Sandals Desaru Beach Resort pada 27-28 Mac tahun ni..
Yang balik dari Pulau Tinggi tu...

Haihhh tak sempat2 nak buat entry pun lagi..
So saya share gambar2 time makan kat ShioKaze ni dululah...


Berdua aje masa dinner ni..
Sebab anak3 dah tidur masa ni..
Kepenatan baru balik dari Pulau 3 hari gamaknya..
Chef yang sama buat Live Cooking juga..


Ada gaya..


Ayah Damia punya..


Saya punya..
Sodappppppppp..
Teringat2..
Tu yang repeat datang lagi tu ya..


Sempat lagi...hihi..


Yang ni live cookingnya sempat rekod api marak bertalu2 gitu..

Happy reading & Enjoy watching..



:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: