Cubaan pertama saya buat roti ni.
Menu yang susah dari roti pun dah pernah buat. Tapi roti yang senang ni baru nak cuba buat.
Apa-apa pun, asalkan ada minat dan kesabaran, insyallah yang susah pun jadi senang, apa tah lagi yang senang kan.
Resepi buat roti ni ada yang saya tengok kat youtube dulu. Ada yang saya google dulu baca pengalaman2 org lain buat roti. Dan akhirnya inilah resepi saya yang paling ringkas
350g tepung gandum
6g yis
5g garam
25g gula
1 biji telur (kuning sahaja)
1 cawan air suam
Cara-cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, garam, gula dan yis dalam mixer bowl. Kemudian tekan mixer no 1 untuk gaulkan.
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian kuantiti tepung.
3. Kuatkan putara mixer ke no 2.
4. Dah sebati semua, keluarkan dari mixer dan uli-uli atau tenyeh-tenyeh dengan ibu jari dan tapak tangan untuk sebatikan lagi.
5. Ulang cara 4 sehingga adunan tepung betul-betul kenyal, lembut dan ringan.
6. Masukkan balik dalam mixer bowl.
7. Tutup dengan plastik roll. Kemudian tutup lagi dengan kain legap.
8. Selepas 1jam hingga 2 jam, adunan akan naik 2 kali ganda.
7. Keluarkan semula dari mixer bowl, masukkan dalam acuan yang nak dibakar.
8. Biarkan selama setengah jam dan adunan akan naik lagi sehingga sekali ganda. Sapu sedikit telur kuning di atas untuk nampak lebih cantik.
9. Masukkan acuan yang ada adunan tadi dalam halogen oven yang telah terlebih dahulu dipanaskan selama 10 minit dengan suhu 200'c.
10. Bakar dengan suhu 250'c selama 40 minit. Yang bestnya guna halogen oven ni, kita dapat tengok roti naik sedikit demi sedikit dengan jelas. Happy je anak-anak tengok perkembangan roti tu. Begitu juga kalau masak roasted chicken ke, air fryer nugget ke atau menu2 lain.
11. Yeayy! Roti dah masak. Keluarkan dari halogen oven.
12. Biarkan sejuk seketika. Kemudian bolehlah potong slice by slice. Pagi semalam saya makan roti gebu saya ni bersama sambal ikan bilis dan kari sardin. Walla... Alhamdulillah.. Anak-anak suka, saya pun suka!
Terima kasih Ya Allah.
2 comments:
The little blog is very unique and look beautiful it increase the kitchen decoration. I love your blog Outstanding article thanks for sharing it.Halogen Oven
Umer - Hai..thank you for drop by here..
Post a Comment