Yuhuu..episod bersambung dari Jom Snorkelling..
Jam 6 pagi dah bangun.
Dah tak boleh tidur, sebab rasa lama sangat tidur.
Lepas solat subuh, terus aje buka tingkap yang betul-betul berada di kepala katil kami.
Indahnya rasa pagi tu.
Tenang sangat.
Udara pun segar je.
Anak-anak pun bangun awal juga.
Bestnya lah hai kalau hari-hari bangun tidur buka tingkap bilik nampak matahari terbit, dengar kicauan burung, cengkerik pun berlumba-lumba mengeluarkan suara.
Buka pintu bilik pula nampak laut hijau luas terbentang, deruan ombak memukul pantai, bayu angin menusuk ke badan dan pokok-pokok menari liuk lentuk.
Ayah damia sedang baca buku yang saya hadiahkan sempena harijadinya yang baru beberapa hari lepas sebelum kami ke sini. Ni kiranya birthday gateaway juga lah untuk suami dan Ayyunie yang sambut Birthday pada bulan Mac.
Nak pergi breakfast awal lagi sebab jam 7:30 pagi baru cafe buka.
So kami pun jalan-jalan sekitar chalet kami sambil2 exercise pagi.
Swimming pool pun tak ada orang lagi.
Mungkin masih lena diulit mimpi indah di tempat yang damai ini.
Sementara tunggu breakfast, saya dan keluarga pun tak melepaskan peluang bergambar sama-sama.
Macam family photoshoot gitu.
Tak ada tripod tak pe, letak je kat mana2 setting self-timer. Hihi..
Nun dihujung sana dah nampak satu keluarga main pasir dan bersnorkelling.
Itu burung apa ibu.
Itu burung...erkkk....erkk..
Ibu pun tak pernah nampak burung2 tu.
Hihi..
Closer to nature..
Sambil bagi pendedahan kepada anak-anak.
Family Potrait
Love this photo sebab mimik muka masing2 ada cerita.
Arghhh, gambar ni pun saya suka!
Candid gitewwww.
Berebut-rebut ibu dan anak nak main buaian ni.
Kenangan harini adalah untuk memori masa hadapan.
Agar setiap insan, saling menghargai antara satu sama lain.
Dah lama tak main buai cenggini.
Kecik-kecik dulu selalu main kat kampung.
Sambil nyanyi
"buai laju-laju, aku nak kahwin dengan anak cina"
Hahaha..
Orang bahagia
Jangan dikacau.
:-))
Bestnya bunyi desiran ombak pagi-pagi.
Udara pun segar je..
Bagi chance saya main benda alah ini.
Kecik-kecik tak pernah jumpa.*_*
Yeayyy, berjaya naik benda alah ini.
Ingat senang pakai skirt nak naik ni.
Haha..
Ayah damia pun nak naik juga rupanya..
Dah penat exercise dan photoshoot bagai, kami pun ke cafe untuk breakfast.
Ada meehoon goreng, bubur nasi, American Breakfast dan Continental Breakfast.
Lama juga kami makan sambil borak-borak dan menikmati pemandangan sekeliling.
Makan buah dengan penuh kesopanan..*_*
Apalah yang diborak oleh dua beradik ni ya?
Nampak gaya si adik sedang memujuk kakak.
Nampak gaya si adik sedang memujuk kakak.
Dah sarapan, kami ke main entrance pula untuk bergambar di sini.
Yuhuuu..
We are happy family..
Next bersambung...kami jumpa PENYU!
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment