Monday, April 6, 2015

Resepi keropok lekor

Petang semalam, buka freezer, tengok-tengok bahan apa yang boleh dimasak untuk minum petang kat rumah. Sekali nampak ada 10 ekor ikan selayang, terus terlintas nak buat kerepok lekor. 


Godek-godek-godek. Terus siap 7 batang kerepok lekor saya sepanjang sejengkal setiap satu. Tak susah pun nak buat. Asalkan ada barang dan alat untuk membuatnya. Tak sampai setengah jam siap!



Ok jom kita tengok bahan-bahannya.

10 ekor ikan selayang yang dibuang tulang dan kepalanya. Kemudian saya masukkan dalam meat grinder seperti di atas untuk hancurkan. Gambar meat grinder saya dah terdelete pula dalam phone ni. Kalau follow instagram saya, saya ada tunjukkan cara nak guna masa saya kisar daging buat kubideh kebab tempoh hari.

Kemudian, campurkan sekali 3 sudu besar tepung ubi kayu, 1 sudu besar garam. 

Uli-uli-uli sampai lembut dengan tangan jemari sendiri ya. Lepas tu uli panjang2 mengikut saiz kesukaan masing2. Uli2 dengan penuh kasih sayang gitu.

Dalam air mendidih, masukkan kerepok lekor yang siap diuli tadi. Rebus seketika. Apabila kerepok2 tadi dan timbul di permukaan air mendidih, maksudnya dah masak. Kemudian toskan.

Tunggu sejuk seketika baru potong-potong untuk digoreng.


Yummy dah siap homemade keropok lekor saya. Banyak ikan dari tepung ni. Memang garing kaw-kaw. Cicah sos cili pula. Terasa nikmatnya. Yang penting kebersihan terjaga!

Selanat mencuba!
Post a Comment