Wednesday, April 8, 2015

3 kali tengok Fast and Furious 7


Kalau dah minat tu, berkali-kali tengok pun tak pe ya.

First time tengok di TGV KLCC. Wahhhh, first day tayangan sanggup beratur panjang tu. Boleh dikatakan hampir semua panggung menayang filem Furious 7 ni je. Memang penuh sepenuhnya.


Hari keesokannya, tengok lagi Furious 7. Kali ni 3D pula. Siap ajak geng lagi. Ni yang buat saya jeles ni.


Semalam barulah ayah damia bawa saya tengok Furious 7 di U Mall. Lepas hantar anak-anak pergi sekolah, hantar stok CocoDamia ke Gdex dan terus tengok wayang. 

Kali ke 3 untuk Ayah Damia, kali pertama untuk saya.

Best sangat filem ni. Saya bagi 5 bintang.
Aksi best, lawak pun ada, berdebar-debar, kasih sayang ada, family 1st, dan yang last-last pun sedih sangat! RIP Paul Walker.

Kalau diberi peluang, saya pun nak tengok lagi!
Post a Comment