Sunday, March 1, 2015

Menunggang kuda di UTM

Dari minggu ke minggu tunda nak bawa both Damias naik kuda, tapi asyik delay je. Alhamdulillah, petang semalam akhirnya dapat juga Ayyunie naik kuda.

Ntah tengok cerita apa ada suatu hari tu, tetiba Ayyunie tanya saya, "ibu, budak kecik boleh naik kuda ke?".. Tu yang bersungguh Ayyunie nak naik kuda.

Aleesya mula2 excited juga nak naik kuda, tapi pabila kuda dah depan mata, dia takut pula dah. Alahai Aleesya..

Kami pilih Equestrian Club UTM untuk bawa Ayyunie naik kuda.


Jenuhnya pakcik tu nak mengangkat Ayyunie ke tempat duduk kuda tu.


Dari mimim muda pakcik tu dah tau Ayyunie ni berat ke ringan. Hihi..


Hah, boleh pun duduk atas tu. 


Mula2 muka cuak habis dapat naik kuda..


Set, ready, go...


Kami jadi pemerhati je lah.. Layan budak excited nak naik kuda.


Bawa pusing 1 round. 


Sukalah tu dapat naik kuda. Yanv bestnya kuda2 ni ada yang siap berhenti minum air dalam baldi, ada yang berhenti sekejap berak dan lain2.


Hah tu muka dah senyum. Happy akhirnya dapat naik kuda ya.


Dah habis 1 roud. Ramai lagi yang beratur nak naik kuda ni.


Dah nak turun.


Ayyunie siap cakap "nanti kita datang lagi boleh ibu?".. Hihi..


Ok dah. Jom ikut ibu dan ayah pergi office kejap. Ada parent telefon nak daftar tuisyen pula.


Ibu bangga dengan Ayyunie kerana berani. Ayyunie ni memang suka explore benda2 dan permainan2 baru. Tu yang bagus kerana dapat memberi pengalaman seawal usia.

Selamat berhujung minggu semua! 











No comments: