Lepas balik dari makan besar disini, adik ipar saya terus membawa kami konvoi ke Wakaf Bharu pula untuk menikmati dessert yang tengah trending sekarang ni. Walaupun perut dah kenyang amat sebenarnya, namun bila difikirkan semula, bukannya selalu semua dapat berkumpul macam ni kan. So semua sekali konvoi ramai2 pergi.
Menu istimewa disini adalah ais krim Nyor iaitu ais krim kelapa.
Sebelum ni saya pernah makan ais krim kelapa di Krabi, tapi tak lah sehavoc sebegini deconya.
Dan saya pun pernah nampak di Bazar Karat JB, tapi ntah kenapa masa tu tak terliur pun nak makan.
Mungkin kadang-kadang faktor mendeco makanan tu boleh mempengaruhi kita nak makan ke tak kan.
Dekat bawah ais krim tu ada pulut dan isi kelapa. Tak sangka kombinasi sebegitu sedap rupanya.
Harus cuba kat rumah ni kan.
Haha..
Oh ya harga RM5.00 untuk sebiji macam ni.
Ni pula ais krim pauh.
Ais krim mangga lah tu.
Simple je cara penyediaanya.
Tapi sebab jarang2 jumpa, so weols try lah juga.
Mmmmmmmmm.... mangga masam.
Mujur ais krim mangga tu manis boleh cover kemasaman buah mangga tu.
Ni pun harga RM5.00 semangkuk.
Ni pula mee cambo.
Ni macam mee celup rasanya, cuma ada macam2 lauk moden seperti hot dog, crab stick dan lain-lain.
Saya tak makan ni, tapi ayah damia cakap sedap lah juga.
Harga tak pasti pula berapa sebab makan2 dessert kalini adik ipar saya yang belanja.
Ni semua adik2 ipar saya hokey.
Kecuali yang hujung tu anak sedara.
Havoc kami makan semeja.
Kiki..
Awwww, nampak sado pula lengan saya tu ya.
Saya kurus hokeyy..kurus..
Sila jangan mudah terpengaruh dengan baju yang saya pakai dan juga angle kamera yang ntah apa2 ni.
Kikikiki...
Disebabkan kami semua dah kekenyangan, tidak lah kami order sorang satu ais krim ni.
Kami share-share le.
Aleesya share dengan saya dan ayah damia.
1 Ais krim nyor, 1 ais krim pauh.
Pun tak habis juga.
Aleesya awal2 lagi dah sound dalam kereta 'kakak dah kenyang lah ibu, esok2 lah kita makan ais krim"..kiki
Agak2 ada org kisah? Haha
Tu bapa mertua saya makan bersama adik ipar dan biras saya.
Ayyunie makan sebelah adik ipar saya.
Bestlah Ayyunie, ramai yang melayannya.
Adik ipar saya ni lah yang belanja kami semua dessert.
Tq Ilah, semoga dipermudahkan rezeki lagi.
Tahniah juga sebab dah naik rumah baru raya cina ni.
Sebelum pulang, bergambar beramai-ramai.
Insyallah, ada peluang dan rezeki next time, kita reunion lagi.
Insyallah, ada peluang dan rezeki next time, kita reunion lagi.
No comments:
Post a Comment