Sunday, March 22, 2015

Menikmati Indian Cuisine di Golden Spice Cafe

Nak makan nasi dalam daun pisang? 
Nak makan tosei? 
Nak makan idli? 
Atau nak makan Nasi Beriani Special? 


Boleh lah ke Golden Spice Cafe di Jalan Ayer Molek. Mula2 sampai restoran ni, kelihatan seorang pelayan sedang berdiri dihadapan restoran untuk menyambut para pelanggan sambil menunjukkan menu-menu istimewa yang disediakan.


Masuk sahaja restoran ni, kelihatan juga beberapa keluarga melayu, cina dan india sedang menikmati makanan tengahari mereka. Wahhh 1 Malaysia gitu kan. Samalah kami, datang sini untuk mencuba makanan Indian Cuisine pula.


Ni antara menu istimewa di restoran ini. Maharaja meal namanya. Fuhh makan ni feeling-feeling jadi maharaja lah ya.


Ni antara menu ringan yang disediakan. Aneka capati, tosei dan murtabak. Harga pun reasonable.


Macam-macam beriani ada. 


Both damias yang makin hari makin besar dah. Oh ya. Didinding restoran ini juga terdapat gambar2 menu yang disediakan. Membuatkakan para pelanggan makin mengiurkan gitu.


Yeayy. Maharaja meal utk ayah damia dah sampai. Tapi ada juga lauk/sayur dalam mangkuk kecil tu tak disentuhnya. Biasalah kadang2 tak semua makanan boleh serasi dengan tekak kita kan.


Ni menu nasi lemak ayam untuk Ayyunie.


Murtabak ayam untuk saya..


Set idli untuk saya juga. Saya suka makan idli atau apam masam2 tu. 


Alahai, Aleesya order french fries je. Mana tak kurus kan. Perut kecik sungguh Aleesya ni.


Bagi chance saya dan ayah damia selfie ya.


Burppp. Alhamdulillah. Kenyang..


Posing sat 3 beranak!


Lepas tu kami pun pergi ke Dataran JB untuk menyokong usahawan2 sempena Karnival Mini Agro. CocoDamia dapat offer buka booth utk Mini Agro ni, tapi kami terpaksa pula menolak kerana team production busy dengan event MIHAS next week.














No comments: