Monday, March 23, 2015

Menjunjung Kasih dan Setinggi-tinggi Tahniah

Pagi ni seawal pagi lagi duduk dihadapan TV3 membuka siaran MHI kerana tidak mahu ketinggalan untuk upacara Kemahkotaan Sultan yang gilang gemilang.

Bukan senang nak tengok adat istiadat yang jarang-jarang diadakan ini. Kali terakhir disempurnakan adalah pada 55 tahun yang lepas. Saya pun masih belum dilahirkan. Nama Malaysia pun masih nama "Malaya".

Terasa kemeriahannya walaupun hanya menonton dari kaca TV. Kadang-kadang perasaan sebak pun ada muncul di hati saya. Dan ada juga scene yang tiba2 saya meleleh air mata kerana betapa terharunya saya melihat Siaran Langsung tersebut.

Allah. Engkau selamatkanlah Sultan Johor dan Permaisuri Johor.


DAULAT TUANKU

Merafak Sembah

Menjunjung Kasih dan Setinggi-tinggi Tahniah

Sempena

KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN JOHOR

Pada 23 Mac 2015 bersamaan 2 Jamadilakhir 1436


Tahniah dari Warga Kerja:

PUSAT BAHASA PELANGI
ZARINA AYU COLLECTIONS 
PELANGI NETWORK MANAGEMENT
COCODAMIA FOOD INDUSTRIES


D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah (kini Permaisuri Johor) pernah menganugerahkan saya Ijazah Sarjana (Master) pada tahun 2005 di UTM. Memang cantik sangat-sangat tengok LIVE.





No comments: