Woww woww...
Cuti sekolah kalini sungguh berkualiti bersama keluarga tercinta..
Percutian selama 4 hari 3 malam betul-betul dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kami sekeluarga disamping jauh dari kesesakan dan kesibukan kerja.
Jauh dari panggilan telefon kerana line pun tak berapa kuat, jauh dari talian internet kerana capaian hanya GPRS, kalau nak wifi pun kena ke lobby atau ke Bandar Mersing dan jauh dari kesesakan manusia.
Malam pertama kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Mersing.
Malam kedua kami bermalam di private island Aseania Resort Pulau Besar. Kat sini memang betul2 best! Betul-betul privacy. Check-in paling awal, dan check-out paling lewat. Rezeki kami.
Dan malam ketiga kami bermalam di Mersing Beach Resort kerana dah lewat tiba dari Pulau Besar.
Yang paling teruja both Damias lah kan sebab ketiga-tiga hotel ada swimming pool. Tapi swimming pool paling best di Aseania Resort lah. Siap belajar snorkelling lagi dalam swimming pool.
Ok. Nanti saya story mory details ya. Untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang nak lari dari masalah sementara. Bolehlah bercuti di private island yang tak ramai orang seperti Pulau Tioman tu.
No comments:
Post a Comment