Tuesday, March 24, 2015

Resepi Baked Potato with Mix Vege and Hotdog


Hamboiii....
Nama menu..
Tak hagak-hagak kan..
Hihi..

Btw pagi tadi tiba-tiba pula gas kat rumah habis.
Jenuh lah fikir nak masak apa untuk sarapan ni.
Nak breakfast kat luar malas.
Nak makan roti bakar je kesian kat anak-anak.

So datanglah idea nak masak " fresh from oven"

Rebus potato dalam rice cooker.
Lepas tu campak-campak barang lain, masuk oven bakar kejap.
Tunggu masak lepas tu siap makan.


Ni resepinya:

3 ketul ubi kentang (direbus dan dikopek kulitnya, kemudian dipotong dadu besar)
4 batang hotdog (dipotong)
1 biji capsicum saiz kecil (dipotong dadu besar)
6 biji tomato ceri
6 slice cheddar keju
2 batang daun saderi
2 sudu marjerin
Sedikit lada sulah, lada hitam dan garam.


Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan2 tadi dalam kertas aluminium foil. Keju diletakkan atas sekali. Kemudian tabur lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven guna method "both", suhu 170'c selama 10 minit.

* kalau uols nak letak sayur-sayur lain seperti brocolli, cauliflower dan lain-lain vege pun boleh. Silalah letak mozarella cheese ya untuk menambahkan lagi kenikmatan menu ini. Saya tak letak sebab stok mozarella cheese kat rumah dah habis.

Makan masa panas-panas. Buka je aluminium foil...hurmmm wanginya bau menusuk 1 rumah.


Menu tambahan saya pagi tadi.
Roti sandwich.
Pun sama rebus telur dalam rice cooker je.
Malas nak bawa keluar multipurpose cooker saya.

So lepas ni kalau rumah dah kehabisan gas, dah tau lah nak masak menu apa ya.

Selamat mencuba.

Post a Comment