Friday, March 13, 2015

Majlis Penyampaian Hadiah Bergambar bersama produk Baba's

Sobs!
Kelmarin hari Rabu saya nak ikut.
Tapi tak boleh ikut.
Sobs sekali lagi!

Ikut kemana?
Ikut ayah damia ke Royal Chulan Hotel di Damansara.
Sempena majlis Penyampaian Hadiah bergambar selfie bersama Produk Baba's.

Kenapa saya tak ikut?
Macam mana nak ikut?
Anak-anak mode exam lorrr.
Itu yang paling penting!

Saya siap tanya cikgu Sekolah Aleesya lagi kalau tak datang exam boleh tak ambil semula.
Cikgu sekolah jawab "tak datang, tak ambil periksa, markah 0"

Terus saya diam!

Tapi mujurlah ada kecanggihan teknologi Whatapps kan.
Sedikit sebanyak dapat jugalah live update dari ayah damia.
Alaa...lagipun saya dah pernah beberapa kali hadiri event Penyampaian Hadiah Contest ni.
Bagi chance lah kat ayah damia merasa pula.
Eh tipu. Sebenarnya tu ayat penyedap hati.
Haha.


Ayah Damia selaku pemenang ke-dua naik pentas menerima cek. Wink-wink.


Amboi sempat berselfie dengan En Ismail ni.
Btw saya pernah jumpa En Ismail dan isteri serta anaknya kerana contest juga.
Contest yang pasangan serasi bersama Scha dan Awal di Alamanda suatu ketika dulu.


Ada demo masakan dari chef Kamarul.


Dah siap semua, biasalah wajib ada makan-makan kan.


Dalam jam 6 lebih dah siap semua di event, ayah damia pergi area KLCC ambil adik ipar saya dari Kelantan yang kebetulannya ada kursus di KL. Mereka ke Bangi bersama abang ipar saya pula yang duduk di Bangi untuk makan Mee Tarik Warisan ni. Hamboi. Saja whatapps gambar bagi saya jeles lah tu.


Dan jam 12 malam, sampailah ayah damia ke JB.
Wajib lah saya senyum simpul saya melihat hadiah2 dari Baba's ni kan.
Dah macam2 rempah ada. Ada rempah tu tak pernah pun saya beli. Haha.

Dapat juga 2 set container yang kita letak garam, gula dan rempah bagai tu.
Bolehlah gantikan container garam gula lama saya ni.


Yang paling best, isi dalam sampul putih tu lah.
Alhamdulillah. Rezeki daripada Allah.
Tiada yang kebetulannya untuk menang.
Semua dah tertulis nama kita untuk setiap rezeki yang ditetapkan.
Cuma kena rajin dan usaha sahaja menjemputnya.


Syukur atas nikmat dunia ini.
Semoga nikmat ini ada hasil pahalanya untuk akhirat jua.
Aaamin. Terima kasih Allah.

Untuk membaca kisah penuh majlis ini, boleh ke blog kak Ayu Rafikah ya.






No comments: