Thursday, March 12, 2015

Dari Johor terus ke Kelantan dan kini di Bombay Biryani pula



Naik business class, haruslah cepat sampai ke sesuatu destinasi kan.

Eh eh ni nak cerita pasal tempat makanlah, bukan tempat pelancongan. Hihi..

Harini jauh lunch date dengan pakwe halal saya, sampai ke Bombay tau. Ya lah semalam kena tinggal seharian sebab ayah damia ke KL. 


Ni Sarapan pagi tadi. Masak dengan penuh kasih sayang gitu. Sampai berpeluh-peluh saya didapur. Ya lah sorang nak makan bubur nasi Johor. Sorang nak makan nasi air Kelantan. Tu yang dari Johor sampai ke Kelantan tu. 

Lunchnya ibu dan ayah sampai ke Bombay pula ya. Kikiki..


Ok lah jom kita tengok apa yang specialnya di Bombay Beriani ni. 


Kawasan dalamnya memang selesa. Sejuk dan cantik mata memandang. Kemas tersusun rapi perabotnya. 
Di dinding dihiasi pula dengan ayat2 suci Al-Quran.

Oh ya, walaupun Bombay Beriani ni terletak dalam shopping complex Sutera Mall, tapi tak crowded langsung. Mungkin kami pergi lepas waktu lunch.


Ayah damia order kebab kambing dan roti pita. Ayah damia bagi 4 bintang dari 5.


Saya pula order nasi beriani kebab ayam. Ermmmm.. Memang marvelous. Saya bagi 4.5 bintang dari 5. Nasinya lemak2 dan rasa rempahnya. Kebab pula memang rasa di lidah bahan perapannya.  Kari dal pun sedap!


Sebenarnya saya nak pergi makan boat noodle di sebelah Bombay Beriani ni. Tapi tak ada sijil halal lah pulak walaupun  pelayan tu cakap semua bahan2 nya dari supplier yang ada Halal Certification. Baru je nak tanya lagi pasal boat noodle tu, sekali ayah damia dah masuk dalam Bombay Beriani ni.

Ok lah next time lah kita cuba di Boat Noodle. 

Oh ya harga di Bombay Beriani ni pun reasonable. Untuk 2 org makan, insyallah RM50 cukup.





Post a Comment