Wednesday, March 25, 2015

Resepi Persian Kubideh Kebab

Kubideh kebab memang merupakan makanan kegemaran saya dan anak-anak kalau ke Restoran Persian atau Arab. Berbeza dengan Ayah Damia, dia lebih suka Nasi Beriani atau Mandy.

Haritu saya ada buat entry masak Kubideh Kebab dan Nasi Bukhari. Ada yang bertanya macam mana nak buat kebab tu? Kebab macam biasa ke?

Jadi sekarang saya kongsikan cara-cara membuat Persian Kubideh Kebab ni. Mungkin ada beberapa cara yang lain sikit dari cara asal, tapi janji sedap kan. Alhamdulillah.


Sediakan bahan-bahan diatas mengikut kuantiti yang sesuai.
Isi ayam tu saya ambil bahagian dada.
Tapi kalau nak beli daging ayam yang dicincang siap pun boleh juga.
Tapi saya rasa isi ayam yang kita cincang sendiri atau blend sendiri lagi lemak2 manis kot.


Kalau guna blender untuk kisar kesemua bahan agak susah sebab perlu masukkan air.
Sebaik-baiknya guna food processor.
Tapi kalau guna Meat Grincer lagi bagus.
Sebab semua dihancurkan dan disebati dengan sekata.


Beg plastik ni saya beli di Aeon.
Memang sentiasa ada stok dirumah.
Sebab setiap kali saya beli lauk-pauk, saya akan asingkan siap2 untuk sekali masak dan makan.
Senang kan.
So masa perapan ni pun better guna plastik.
Sebab kita bebas nak uli atau nak tekan atau nak tumbuk-tumbuk perapan tadi agar lebih sebati.
Ingat! Lagi lama perap lagi bagus!


Skewer yang saya gunakan ni agak kecil.
So hasil kubideh saya pun tak besar sangat.
Sebaik2nya guna skewer yang lebih leper dan panjang untuk hasil yang lebih marvelous.
Tapi nak makan sendiri, skewer yang ni pun dah cukup.
Ada dijual dimana2 kedai hardware dan pasaraya.

Bakar juga bersama capsicum, tomato, lada hijau dan lain2 sayuran yang anda suka.
Balik-balikkan skewer tersebut hingga kubideh masak.

Makan masa panas-panas bersama nasi putih atau apa2 jenis nasi.

Selamat mencuba.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment