Tuesday, March 3, 2015

Hari ini saya sebagai Ikon dan Penceramah Seminar...


Seminar apa?
Seminar Celik Minda Usahawan Wanita - U Boleh 2015!
Saya kongsikan poster yang telah diwar-warkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Johor ini sejak kelmarin.


Minggu lepas, masa saya dapat panggilan yang saya shorlisted sebagai Penceramah Seminar ni, saya boleh sebolehnya bagitau mungkin ada usahawan wanita lain yang lebih layak berbanding saya. Tapi pihak JPW kata saya hanya shorlisted sahaja dan akan dibuat tapisan lagi. Sekali lagi saya menerima panggilan yang kalini confirm Saya dijemput sebagai Penceramah Seminar dan akan dijemput secara rasmi melalui email. Allahurabbi..

Lepas dah baca email tu, Subhanallah...takutnya saya dengan gelaran "Ikon" tu. Saya ni masih tak layak sebenarnya dan masih berusaha ke arah itu. Ramai lagi usahanita lain yang lebih layak, lebih senior dan lebih berani daripada saya.

Sebab saya ni masih ikan bilis lagi. Bukan ikan jerung pun dalam business2 ni. Masih banyak yang perlu saya timba pengalaman dan juga belajar agar setanding dengan mereka yang layak diluar sana.

Namun, ada sebab mengapa Allah telah memilih saya melalui JPW. Maka akan saya cuba pikul amanah ini dan berkongsi sebaik mungkin sesi ini.

Kalau sebelum ini saya lebih sharing ilmu business bersama pelajar2 U, pelajar2 kolej dan ibu2 tunggal, tapi kalini lebih mencabar kerana dapat sharing ilmu dengan usahawanita2 dan bakal2 usahawanita2.

" Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir birohmatikaya arhamarrohimim"

" Ya Allah permudahkanlah, jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkan dengan kebaikan"

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada harinin, keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah.


Ni saya dapat info bahawa Seminar yang sama iaitu Seminar Celik Minda Usahawan Wanita - U Boleh 2015 di Selangor, penceramah seminarnya ialah Dato Seri Vida.


Saya kena ambil aura keyakinan dan kebolehan Dato Seri Vida ni.


Ni pula seminar yang sama U Boleh 2015 di Kedah. Puan Rozita pengasas Sendayu Tinggi sebagai penceramah seminarnya. 

Allahurabbi.. Hebat2 mereka ni. Terasa kerdilnya saya...:-)

Insyallah, semoga sharing yang akan saya sampaikan hari ini dapat menambah nilai dan berkongsi manfaat kepada para pendengar semua. 












No comments: