Wednesday, March 18, 2015

Gian memasak setelah 4 hari gantung kuali..

Assalamualaikum semua..

Wah wah wah..
4 hari blog kesayangan saya ni tak ada cerita ya. Puan blog pergi bercuti. Bercuti pula di tempat yang tak ada TV, line telefon pun GPRS je dan wifi pun terhad. Memang lari betul dari kesibukan dan kepenatan bekerja ni. Saja kalini pilih tempat holiday yang agak private. Nantilah saya story mory ya kalau ada kelapangan.


Gara-gara 4 hari gantung kuali dan periuk pun tersimpan rapi, harini gian nak memasak. Seawal pagi lepas subuh dah masuk ke dapur untuk masak Nasi Bukhari, kari tulang dan siap ada kebab ayam lagi. Siap dalam 1 jam 30 minit. Cuma kebab ayam tu perap malam tadi.


Taraaaa.. Haha.. Sarapan pagi macam makan tengahari. Breakfast like a king and queen uolss. Tapi apa pun, alhamdulillah.. Sampai bertambah2 si suami dan anak-anak makan. Cuma rempah nasi bukhari tu terlebih sikit, tu yang buat nasi tu pedas-pedas manja di lidah. Dan kebab pun terhangit sikit. No worries. First trial kan. Hopefully lepas ni buat kebab kurang hangit dan lebih kemas.

Nanti saya sharing resepi ya.

Banyak hal pula nak diuruskan harini selepas 4 hari tak masuk office. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan keluarga.

Ok. Wasalam.



No comments: