Wednesday, December 31, 2014

Cereal Cup -CocoDamia || Pilihan alternatif produk Muslim


Sesi sekolah dah nak bermula. Order untuk koperasi-koperasi sekolah serta asrama-asrama sekolah dan beberapa kedai runcit seperti Muslim Shop pun dah start semula selepas cuti sekolah hampir 2 bulan. 

Cereal Cup  -  CocoDamia yang sangat memikat. Hanya tuang susu atau juice atau minuman koko sahaja. Boleh dimakan bersama air panas mahupun air sejuk.
Nak tambah strawberry dan buah-buahan lain pun lagi sedap.
Siap lengkap dengan sudu didalamnya.

Saya dan anak-anak murid saya gi travel bawa ini sahaja. Time rehat pun anak-anak murid saya makan ni aje. Bukan sahaja mudah, malah tidak comot, cepat dan yang penting berkhasiat dan mengenyangkan.

Cup warna purple campuran cornflakes bersama raisins. Cup warna merah campuran cornflakes dan coklat chips.

Confirm budak-budak semua suka. Eh orang dewasa pun suka lah. Masa kat Batam aritu, mak-mak dan yang dewasa yang membelinya.

NAK ORDER?
CALL/SMS 010-6468383 


Macam biasa, selepas R&D produk, anak-anak murid saya lah jadi testimoninya. 
Haishh...hari-hari makan ni pun tak pe budak-budak ni.


Sejak upload gambar dalam media sosial semalam (sebelum ni tak berapa highlight sebab kapasiti tak cukup, sekarang Insyallah cukup), ada beberapa insan yang sudi membeli Cereal cup - CocoDamia untuk diinfakkan kepada mangsa-mangsa banjir. Kata mereka, kadang-kadang produk-produk macam ni, tak banyak, sedikit pun boleh mengembirakan hati anak-anak kecil. Bukan sahaja mudah, malah mengenyangkan dan berkhasiat kan. Lagipun ia boleh jadi pilihan alternatif produk-produk cereal di pasaran. 

Maka dengan ini, saya umumkan bagi mana-mana insan yang nak sedekahkan cereal cup - cocodamia ni kepada mangsa-mangsa banjir, saya akan bagi harga best price (hampir harga kos) kepada insan-insan tersebut. 

Allah tahu apa yang anda niat dan buat. Saya tak perlu ambil tahu insan2 tersebut jujur atau tidak. Kerana secara tidak langsung "bahagian" team CocoDamia pun ada dalam sedekah tersebut.

KEPADA YANG BERMINAT, BOLEH..
CALL/SMS 010-6468383

< YANG BAIK-BAIK ITU TIDAK SEMESTINYA INDAH-INDAH SAHAJA. JIKA KITA YAKIN PADA KASIH DAN RAHMAT ALLAH, SETIAP MUSIBAH JUGA AKAN DIPANDANG INDAH>

Tuesday, December 30, 2014

Don't let the NEED become GREED


Orang tamak selalu rugi kan. Itulah kebiasaan yang kita dengar.

Sebab itulah dalam Islam sendiri suka sekiranya kita semua mengamalkan cara hidup Wasatiah atau Bersederhana.

Tujuan kita mungkin sama, tapi dengan cara yang berbeza. Tak salah pun nak kaya atau bermewah, tapi masih pada landasan paksinya. 

Semoga kita semua berjaya dan kaya dunia akhirat. 

Aaminn..

Monday, December 29, 2014

Sesi Persekolahan 2015 di Malaysia ditangguhkan seminggu


SEPERTIMANA semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu.

Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.


Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

SUMBER: Sinar Harian



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, December 28, 2014

20 Buffered Earning (BE)



Sekali sekala, ada masa, sempatlah juga buka akaun nuffnang saya.
Kadang-kadang ada 7 BE, kadang-kadang ada 12 BE, kadang-kadang ada 17 BE.

Tapi rasanya kali ni paling tinggi dapat 20 BE.
Walaupun pada mulanya saya pun confius kenapa 2 iklan yang sama muncul serentak pada akaun, tapi tak pe lah sebab nilai duit yang dikumpul adalah berbeza.

Walaubagaimanapun, income nuffnang saya dah kurang masyukkkk seperti dulu-dulu.
Dulu boleh je cecah RM70 keatas untuk satu-satu kempen tu.
Sekarang ni rasa macam susah je nak dapat.
Kadang-kadang tak sampai RM10 pun dah credited ..;-))

Mungkin dulu-dulu banyak cerita yang sentiasa diupdated.
Excited nak tulis dalam blog.
Sekarang mungkin faktor dengan adanya media sosial lain seperti FB dan Instagram, menyebabkan kadang-kadang malas nak updated dalam blog kan. Saya lah tu.

Tapi apa sekali pun, menulis blog adalah merupakan hobi saya. Saya suka bercerita dan saya suka berkongsi cerita dalam cara saya sendiri. Tidak semestinya pabila dah jadi businesswoman yang sibuk dan berjaya, kita harus lupakan hobi asal kita betul tak?

Walaupun kadang-kadang entry saya tu ntah apa-apa, kadang terfikir juga ntah ada orang baca ke tak blog aku ni, dan komen pun dah suam2 suku tak macam dulu (saya sendiri pun jujurnya jarang2 sangat Blogwalking, so fair lah kan kalau org lain pun jarang2 Blogwalking blog saya), saya tak peduli, saya tetap updated buat entry juga. Itu pun ikut masa. Hihihihi... Dah namanya hobi kan... agaknya sebab tulah anak-anak murid saya tak sabar2 tunggu saya masuk mengajar subjek BM, sebab setiap pengarajaran saya mesti ada cerita. Hihi..

Ok lah. Semoga kita semua dipermudahkan rezeki seluas-luasnya.
Dan jangan lupa, rezeki yang lebih diagih-agihkan kepada yang memerlukan terutama sekarang mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih Ya Allah.








:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, December 26, 2014

Jasad di perantauan, hati di Kelantan..


.... Kerana mak, ibu dan ayah mertua, ipar duai, biras dan anak2 saudara kebanyakannya berada di Kelantan. Serta warga Pantai Timur yang menjadi mangsa banjir.

Ya Allah, tabahkan hati mereka, permudahkanlah urusan mereka, lindungilah mereka, cukupkanlah keperluan mereka dan peliharalah ibadat mereka.

Sesungguhnya setiap inci gerakan yang berlaku dengan Izin Allah pasti tidak akan sia-sia.

Jangan henti berdoa untuk mereka..

Pray for Pantai Timur,
Pray for Malaysia.


Thursday, December 25, 2014

Terharu dengan komen-komen ibu bapa


Selamat bercuti kepada yang bercuti hari ini. Kami warga Pusat Bahasa Pelangi bekerja seperti biasa hari ini.

Hari ni merupakan hari terakhir pelajar2 datang untuk Program Cuti Sekolah di Pusat Bahasa Pelangi. Samada kem bijak membaca, kelas asas mandarin serta persediaan tuisyen UPSR, PT3 dan UPSR.

Jam 1 tengahari tadi, merupakan hari ibu bapa datang ambil report card untuk mengetahui progress pelajar2 selama sebulan belajar disini. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang.


Sobs!

Terharu mendengar ucapan ibu bapa kepada team Pusat Bahasa Pelangi setelah sebulan "Kem Pecutan Bijak Membaca" diadakan sepanjang december ini.

Ada yang cakap baru 5x datanh kelas dah boleh pandai membaca.

Ada yang kata sebelum ni sebutir perkataan english pun payah nak sebut, sekarang dah confident boleh baca english!

Ada yang kata "saya mesti recommend kat kawan saya belajar kat sini".


Nak nangis rasanya atas kepercayaan ibu bapa bagi kami mendidik anak-anak yang berusia 4,5 dan 6 tahun ini.



Sesungguhnha yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri.



Alhamdulillah juga, baru siap meeting bersama para tutor baru dan lama utk jadual sesi 2015. 

Hurmm..... buat meeting time cuti public holiday, yang datang pun separuh je lah ya. Ada tu yang masih terkandas tak boleh balik JB akibat banjir. 

Apa-apa pun #prayforpantaitimur dan doakan semoga warga pantai timur yang terlibat dengan banjir selamat dan baik hendaknya. Rumah mertua saya pun dah kena naik air. 

Ok! Kepada yang nak daftar tuisyen, nak ambil jadual sesi 2015 atau nak tanya pasal yuran, bolehlah hubungi 010-6468383.


Wednesday, December 24, 2014

3D2N SME Business Matching di Batam (Day 3)

Cerita Day 1
Sambungan dari Day 2


Pada hari ke-3, selepas bersarapan di lobby bawah dan check-out siap-siap, kami diarahkan berkumpul di tingkat 3 kerana ada lagi satu last slot iaitu ceramah dan sesi soal jawab bersama Majlis Ulama Indonesia (MUI). Tujuan slot ini adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada para usahawan Malaysia macam mana nak apply dan procedur dapatkan HALAL dari MUI. Serta ketelusan pihak MUI sendiri dalam meluluskan sesuatu premis untuk mendapatkan logo HALAL.


Jam 10:30 pagi, ceramah dan sesi soal jawab bersama MUI tamat. Kami bergambar kenang-kenangan bersama para usahawan dan pihak dari MUI. Ini pun ramai yang tak masuk dalam gambar..;-)


Kemudian jam 11 pagi, kami pun menaiki bas yang disediakan untuk ke Nagoya Mall. Kalau dah nama Mall, apa lagi... shopping shopping shopping je lah agendanya kan. Tapi jujurnya barang2 dan pakaian dalam Nagoya Mall ni boleh tahan mahal juga harganya. Mahal2 pun sempat membeli-belah pakaian untuk anak-anak juga. Mungkin kat sini ramai Singaporean, tu yang barang2 pun agak mahal.


Sebesar-besarnya pokok Krismas ni di hadapan pintu masuk Nagoya Mall.


Awwww.. tudung saji baby pun ada jenama LV ;-)


Lepas jamak zolat zohor dan asar, saya dan Kak Norli pun cari makanan tengahari.
Kami pilih makan nasi ayam penyet asli di Batam ni.
Fuhhh boleh tahan pedasnya.
Tapi paling tak suka makan nasi ayam penyet kalau tak ada sup sekali.
Harga set ayam penyet RP24,900. Tambah nasi kosong RP7,000.

Kalau nak tengok gambar-gambar Nagoya Hill yang cantik2 melalui DSLR, boleh tengok kat entry saya dibawah


Jam 3 petang, kami menaiki bas untuk ke terminal ferry.
Hampir 1 jam setengah juga menunggu ferry kami tiba.
Sebenarnya ferry kami adalah jam 1:30 petang. Tapi atas sebab2 tertentu, ferry kami delay ke 4:30 petang pula.Seperti biasa kalau pergi ramai2 deligasi macam ni, green lane utk group kami. 


1 jam setengah pelayaran kami dari Batam ke Stulang.
Akhirnya tepat jam 7:40 malam waktu Malaysia, kami pun sampai.
Cantik je panorama sekeliling semasa dalam pelayaran.
Disinari kilauan2 cahaya.


Sampai2 sahaja terminal, semua bawa diri masing2 keluar untuk check passport.
Manakala barang-barang semua akan ada person in charge yang bawa keluar nanti.
Saya sampai je terminal, kedengaran suara anak2 saya menjerit "ibu...ibu...'
Setelah 3 hari, akhirnya rindu bertaut kembali.
Ayyunie, mula2 jumpa lagi terus tanya "Ibu beli hadiah apa". Terus diambil beg hadiah dia.
Hamboiii..tak nyempat2 kan budak kecik ni.


Keesokannya, bahagi2 kan kek pisang Villa kepada staff-staff saya.
Ini aje yang tinggal untuk family saya.
Perasa Choconut dan Kek Pisang Cheese tu memang best.
Tak puas makan.
Kat Batam ramai org jual Pisang Goreng Cheese, tapi tak terasa pun nak makan.
Tapi Kek Pisang Cheese ni jarang2 jumpa. 

Insyallah next time kalau berpeluang ke Batam lagi, saya nak meneroka pantai2 dan laut2 yang cantik pula di Batam. Batam kan merupakan sebuah kepulauan Riau. Atas bawah kiri kanan semua laut. So next time boleh enjoy permainanan air pula di Batam.

Tamat sudaaaaaaa....






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, December 23, 2014

Ubah selera di The Manhattan Fish Market

The Manhattan Fish bukanlah merupakan restoran fast food kegemaran keluarga kami memandangkan kebanyakan menu utamanya adalah ikan. Kami lebih suka makan di Nando's, Kenny Rogers dan Secret Recipi. Tetapi sekali sekala nak ubah selera bolehlah. 


Kali ini kami makan di The Manhattan Fish Aeon Tebrau. Kami pergi hari ahad. So agak penuh jugalah dalam restoran tu. 


Sambil makan, bolehlah bagi pendedahan kepada anak-anak jenis2 ikan disini.


Walaupun orang agak ramai, tapi service cepat. Kami order ice lemon tea,  float coke dan sky juice.


Inilah set hidangan yang kami order. Kami tak ambil set personal. Kami ambil set untuk keluarga terus. Tapi biasalah illustrasi dalam gambar kadang2 melebihi jangkaun kita. So saya tak aspect yang hidangan yang kami order akan sampai sebijik cantik seperti gambar dalam menu. Oh ya, set yang saya order ni boleh pilih nak lobster atau udang. Harga 1 set RM 57.90.


Taraaa. Sampai pun hidangan kami. Kan betul saya kata. Gambar illustrasi memang dabomb berbanding gambar sebenar. Tapi as long as semua makanan dalam gambar illustrasi tu ada, it's ok. Ada grill fish, kupang masak pedas, sotong goreng tepung, nasi meditarrean, roti dan beberapa seafood serta dowry fish masak kari.


Anak lobster. Ok lah isi pun banyak. Makanan pun just nice. Sekali sekala ubah angin makan ikan kan.

Total rezeki yang dilaburkan di The Manhattan Fish kali ini adalah RM85. Kenyang kami 4 beranak. Alhamdulillah..



Monday, December 22, 2014

3D2N SME Business Matching di Batam (Day 2)

...sambungan dari day 1...


Nak dijadikan cerita, pagi hari kedua di Batam ni saya tersalah kunci jam.
Malam sebelum tidur tu saya kunci nak bangun solat subuh jam 6:30 pagi.
Alih2 tengok jam 6 pagi my roomate, kak Norli cepat2 keluar dari bilik air utk solat subuh.
Eh, saya ingatkan jam saya dah berbunyi tapi saya yang tidur mati.
Kat luar pun langit makin terang.
Laaa, saya terlupa yang kat Batam ni 1 jam lebih lewat dari waktu Malaysia.
 Maka dengan gopoh gapahnya lah bangun solat kan.

Lepas solat, saya hirup udara segar batam di balkoni.
Tu lah pandangan pagi di Batam.
Menghadap laut biru yang penuh dengan feri dan kapal-kapal.


Lepas dah bersiap semua, kami pun turun bersarapan di lobby bawah.
Boleh tahan ramai orangnya.
Sampaikan pihak hotel terpaksa buka lagi cafe kat tingkat 13 untuk breakfast.

Kebetulan semeja dengan saya adalah pelancong dari Medan.
So sempatlah berbual2 sakan dengan ibuk kat atas tu.

Lepas dah siap bersarapan semua, kami peserta dikehendaki menaiki bas untuk program lawatan pada hari tersebut.


Tempat pertama yang kami lawati adalah kilang Kek Pisang Villa di kawasan perindustrian Batam.
Oh ya, kakak-kakak dan makcik-makcik yang berbaju merah biru tu dari Juita diketuai oleh para datin.
Dengar kata isteri MB Johor turut serta dalam program ini. 
Tapi last minit tak dapat join.


Mendengar taklimat yang disediakan oleh pihak Kek Pisang Villa.
Sungguh terinspirasi mendengar permulaan bagaimana Kek Pisang Villa ni bertapak.

Lepas tu, kami semua dibawa untuk melawat ke sekitar tempat pemprosesan.


Untuk yang bertudung, tidak perlu memakai sarung rambut.
Tapi untuk sarung kasut, semua wajib pakai.
Hihi, pengalaman baru untuk saya ni.
Next time, yang nak masuk tempat pemprosesan CocoDamia, boleh dipraktikkan cara ini.


Banyak ilmu2 baru yang saya perolehi sepanjang lawatan ke Kek Pisang Villa ni.


Masing2 pun dah biasa dengan lawatan dari orang2 luar ke kilang tersebut, terbaru sebelum kami, adalah pelajar2 dari UniKL yang buat lawatan. So semua sporting tunjuk pose masing2 kalau kami halakan kamera kepada mereka.


Kami para usahawan Malaysia, teruja masing2 nak tgk production Kek Pisang Villa ni.


Haruslah bergambar disini kan.
Bukti saya sampai di Kek Pisang Villa ni.


Masing2 shopping kek dan roti sampai berkotak2.
Termasuklah saya.
Bukan untuk saya dan keluarga sahaja, malah sebagai ole-ole untuk staffs saya juga.


Selepas balik dari kilang kek pisang villa, kami turut dibawa oleh tourist guide ke beberapa tempat lain.
Tapi ada beberapa tempat saya tak turun. Panas panas panas.
Batam ni panas. Kalau masuk tempat yang tidak berair-cond, memang tak masuk lah.
Antaranya adalah tempat kraft Batam, tempat pemprosesan kerepok batam, dan lain-lain.

Selepas dah penat dan dahaga, kami semua dibawa ke Nasi Padang Sederhana.
Wahhh inilah tempat yang famaous nak makan nasi padang di Batam.
Opsss, apesal lah bro tu ambil gambar siap ada bayang2 tu. Hihi..


Alhamdulillah, rezeki kami dihidangkan dengan Nasi Padang yang best pada hari tersebut.
Lauk kegemaran saya semestinya daging dendeng.
Last sekali makan nasi padang original adalah masa kami melancong ke Bandung tahun 2012.


Burppp, semua kekenyangan.
Dan wajiblah saya minta air jus alpukat untuk hari kedua saya disini ya.
Jangan lepaskan peluang hari2 minum jus alpukat. :-)


Selepas dah kekenyangan, kami dibawa pula untuk ke Belerang Bridge.
Tempat yang wajib pergi juga kalau ke Batam ni.
Masing2 dalam bas perjalanan ke sini semua tidur.
Saya je yang tak boleh tidur. Hihi.
Sesekali kedengaran juga para datin dan ahli juita menyanyi-nyanyi menghilangkan rasa mengantuk pemandu bas kami. Lepas tu kami dikehendaki mendaki sedikit bukit untuk sampai ke tempat tarikan tersebut. Oh ya kat sini pun ramai orang yang jual jagung, minuman, ketam bakar, udang goreng dan macam2 lagi dalam gerai masing-masing. Tak salah nak mencuba kan. Tapi rata2 daripada kami masih kekenyangan dengan nasi padang Sederhana tu.


Balerang Bridge Batam.
Walaupunn panas terik, tapi ramai je orang kat atas ni.


Sempatlah juga kami berempat berposing dan print gambar ni buat kenang-kenangan.
Kalau bercuti dengan family, family lah yang memenuhi ruang dalam gambar kan.
Tapi kali ini berbeza. 
Saya bergambar bersama Puan Asiah dari PUNB HQ KL, Hasanah dari PUNB Johor dan Kak Liza usahawan kerepok lekor di Batu Pahat. Bukan calang2 tau kak Liza ni, business masyukkkkkkk oooo.


See, pandai mereka cari makan.
Dengan berbekallan kamera canggih masing-masing, printer dan mesin laminate, semuanya boleh dijadikan lubuk wang. On the spot print kat situ je. No edit-edit pun.

Kos untuk print saiz A4, RP10,000.
Kalau nak laminate sekali kos RP20,000
Harga memang reasonable kan.


Ouchhh, terliur pula saya tgk ketam ni. Harganya RP80,000 seekor.
Teringin nak makan, tapi susahlah pula nak makan nanti. Hihi.
Udang goreng cucuk lidi tu RP40,000.

Lepas tu, kami semua pun balik bilik masing2 kat hotel.
Lepas dah solat asar dan rehat-rehat, kami berpakat untuk keluar semula dinner kat Seafood Golden Prawn.
Tepat jam 5 petang WIB, kami pun mengambil teksi hotel sahaja untuk ke Golden Prawn.
Harga RP80,000 sehala. Lagi murah kot berbanding teksi luar.
Dah lah MPV. Boleh naik ramai2.


Tempat pertama kami singgah masa masuk ke Seafood Golden Prawn ni adalah Batam Layer Cake.
Ramai Singaporean (saya agak) sedang membeli kek lapis ni.


Ada tester juga.
Semua rasa dia bagi.
Paling best bagi saya yang rasa mocha tu.
Orang lain rata2 suka rasa cheese.


Tapi harga boleh tahan mahal ya.
Sekotak besar hargannya RP290,000.
Lebih kurang RM 87.00
Mahal kan.
Ke tu memang dah standard harganya.
Dulu pergi kat Dayang Salha Sarawak tak lah mahal macam ni harganya.
Tapi memang kami nak beli pun.
Sekali salesgirl keluar cakap
"maaf ibuk-ibuk, rasa cheesenya udah habis". 
Maka tak ada lah rezeki kami.


Oh ya, makan malam kami kali ini disertai oleh abang Din usahawan dari PUNB.
Abang Din ni usahawan berjaya. Dia ada 8 adik beradik. Semua business bawah satu bumbung.
Fuhhhh, salute. Bukan senang nak kumpulkan adik-beradik berniaga sama2 kan.
Ni dari sulung sampai bongsu semuanya berniaga.
Setiap negeri ada cawangan pula tu.
Kalau tak silap, abang din ni ada 13 syarikat.
Oh ya Abang Din ni dari Segamat dan buat business printing.


Saya pernah makan2 di seafood Golden Prawn ni dulu.
Tak banyak berubah dari segi tempat memilih hidupan2 ni.
Cuma suasana persekitaran dah upgrade.
Nanti saya buat entry lain yang tu ya.


Balik je hotel, kami naik ke tingkat 3 untuk tempah pakej massage.
Kebanyakan daripada rakan2 usahawan saya yang lain massage di Spa Secret iaitu jauh lebih kurang 15km daripada hotel. Tapi saya awal2 dah set mind nak massage dalam hotel je. Lebih selesa massage dalam bilik sendiri seperti yang saya pernah buat di Batam dulu. Kebetulan rakan2 yang sama2 makan dinner bersama pun setuju, so kami sama2 booked pakej masing2. Dan lagi best, bagi guest hotel tersebut, dapat diskaun 20%. So kenapa harus bazir masa, bazir teksi dan bazir tenaga ke tempat lebih jauh kan.


Mula-mula saya ingat nak massage dalam bilik sahaja. Tapi takut pula sebab roomate saya tak ada. Ya lah mana tahu kot2 ada apa2 yang berlaku kan, at least ada roomate tu langkah bijak. Kalau tak ada roomate, saya ngan kak Liza berjanji nak sebilik massage kat bilik massage nanti. Masuk je bilik massage, wangi dengan haruman minyak terapi. Seperti biasalah, kami diberi panties pakai buang tu dan sehelai tuala untuk menutupi bahagian tubuh badan kami. Saya ambil pakej aromaterapi massage. Manakala kak Liza ambil pakej yang siap scrub sekali. Total masa saya 1 jam manakala kak Liza 1 jam setengah. 

Argggghhhhh lega dapat memanjakan diri seketika.
Masa anak2 dan suami tak ada disisi ni lah mengambil kesempatan sebegini kan. Kiki.

Tepat jam 9 malam WIB, saya pun balik bilik dan membersihkan diris serta solat.
Roomate saya, Kak Norli pun balik.
Apa lagi, maka bersambunglah kami bercerita akan perihal masing2 pada haritu..

p/s: Oh ya Kak Norli ni tak ikut lawatan bersama rombongan kerana dia menemani kawannya Lina untuk jumpa pengusaha dari Batam.

Nanti sambung lagi ya.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::