Saturday, April 26, 2014

Selera ramai ikan singgang || Check in Regency Hotel


Alhamdulillah, selamat tiba LCCT dari KB jam 8:50 pagi tadi. Tak rasa naik kapal terbang sebab kejap sangat. Since ada monopod ni, selfie bersama keluarga amatlah digalakkan.:-))


Both Damias this time tertidur dalam kapal terbang. Ya lah pagi tadi jam 5:45 bangun. Ngantuklah tu..


Then gi ambil kereta park paling dekat ngan airport. Keluar pintu ketibaan terus nampak kereta kami. Caj parking yang dikenakan RM95.00 selama 2 hari 4 jam.


Lepas tu ajak ayah damia gi makan. Saya teringin nak makan kat Restoran Ikan Singgang. Tahu pasal restoran tu pun sebab pernah nampak artis2 makan kat situ. Hidangan sempoi je. Antara artis yang pernah upload makan kat Restoran Ikan Singgang tu Fahmi Apek, Marsha dan siapa lagi erk.

Google punya google, rupa2nya restoran Ikan Singgang yang kat Damansara tu dah ditutup. Tapi jumpa pula yang kat Kampung Baharu. Nama restoran tu MZ Darulnaim. Ngam sangat dah tu, dekat je dengan hotel yang akan kami stay iaitu Regency Hotel.

Mula2 sampai fuhhh, ramai orang. Walhal baru jam 11 pagi tu. Makin lama makin ramai. Memang banyak pilihan makanan kat sini. Sampai tak tahu nak makan apa.
Oh ya landmark paling senang nak sampaj sini adalah betul2 depan Kuala Lumpur International Hotel.


Bagi pengemar makanan pantai timur, rugilah tak datang sini.


Balik kelantan asyik makan ayam, daging dan sup tulang. So this time tukar selera makan ketam dan udang pula. Budu yang ada lempuk durian tu wajib ambil. Ulam2? MashaAllah, punyalah banyak pilihan. Dan kerabu pucuk paku tu memang marvelous!!!


Dah makan yang berat, kita beli dessert pula ya. Tapi tapau je lah makan kat hotel sebab kekenyangan sangat. Dessert pun ada macam2 pilihan.


Yang saya tapau makan kat hotel adalah pulut durian 2 set, lompat tikam, bubur butir nangka dan cucur udang.


Sementara ada masa ni, kami spentkan masa utk release dan ajar anak2 ulangkaji. Isnin ni Aleesya exam. Semoga Allah permudahkan Aleesya untuk menjawab soalan exam dengan tenang.


Isnin ni exam agama dulu. So ayahnya ajar agama dululah. 


Dan kejap lagi nak eksport both Damias ke hotel tempat auntie diaorg stay. Bukan apa, kami lepas ni ada nak jumpa stokis dan dealer kat lobi. Pastu malam nanti ada program FAMA. Pagi2 esok ada program bersama Obama Presiden US. So budak2 tak leh ikut. Nasib baik auntie both Damias yang dari Kelantan tu temankan hubbynyan ada kursus. So auntie diaorg free lah. 

Semoga semuanya berjalan seperti dirancang.

P/s: Wahhh malam ni dan esok berdua je lah ibu dan ayah ya anak-anak.  Please Be kind ya nanti anak-anak.










No comments: