Wednesday, April 16, 2014

My show-woman-ship


Kenangan di Night Safari Zoo, Melaka masa cuti sekolah bulan March haritu.

Orang tunjuk kat kita suruh buat show-woman-ship, kita bangun je lah kan..

Gambar kat atas tu berdebar2 juga kan burung besar manalah yang datang bertenggek atas tangan nanti.. Pasrah je lah..


Hah nasib baik burung kecik je. Macam burung merpati rasanya. Mula2 dia punya kuku kaki mencengkam tangan tu, menjerit kecil juga kat situ. Tapi pastu ok je. 


Bukan main lama lagi ya burung2 tu bertenggek sambil makan atas tangan tu. Senang je nak bagi burung tu lari. Person in charge tu suruh genggam tangan, terus burung tu lari. Hiks..

Nasib baik burung, ada perempuan yang sebelum saya tu kena ular.. Huhu.. Kalau ular.. Ampunnnnnn!!! Awal2 lagi menangis menagih simpati kat situ..

P/s: Get ready kejap lagi pegawai dan pengarah dari FAMA HQ KL datang melawat premis perniagaan CocoDamia. Insyallah ada berita baik yang ditunggu.


Post a Comment