Hari jumaat haritu, saya, ayah damia dan Aleesya ke Bandar Penawar ada kerja. Oh ya Ayyunie sekolahlah kan (bilalah nak selaraskan cuti hujung minggu ni). Balik dari Bandar Penawar, exit Pasir Gudang sebab ayah damia teringin sangat makan mee celup kat satu medan ni.
Lepas makan2 tu, masa nak balik, lalu sebuah gerai jual pisang goreng. Tertarik punya pasal nama "pisang goreng keju", teruslah berhenti dan tapau makan dalam kereta.
Makcik tu tanya nak yang RM3 atau RM5? Saya tanya ada beza ke? Makcik tu jawab sama je, bezanya make up 3 inci atau 5 inci. Wahhh menarik ni. Saya pun cakap nak yang make up 3 inci. Hikss..
Sambil buat tu makcik tu pun berceloteh lah.. Pisang gorengnya sama je.. Cuma tambahkan make up je setiap layer. Make up tu bubuh koko, susu, keju parut, kelapa kering, coklat rice yang warna warni tu, dan apa ntah lagi. Tak pasti sebab dalam botol. Tapi memang setiap layer lah ditaburnya make up-make up tu.
Rasa? Sure lah masam-masam sikitkan. Sebab nanti keju tu leleh pabila terkena pisang goreng panas tu. Pastu rasa pahit2 sikit pabila termakan serbuk koko tu. Bolehlah untuk trial. Ayah damia cakap makan pisang goreng panas2 cam tu lagi nikmat. Haha.. Aleesya pun tak berapa nak makan. Dia kata masam. Sudahnya saya lah perabis kan separuh kotak tu. Separuh lagi tinggalkan utk Ayyunie.
P/s: Uols pernah rasa tak pisang goreng keju ni? Pernag nampak kawan whatapps pisang goreng keju + coklat. Tapi bukan keju sagat macam ni. Keju leleh punya.
No comments:
Post a Comment