Tuesday, April 22, 2014

Manis leting! Tapi apa erk nama buah ni?


Pagi-pagi dah makan 10 biji buah ni.
Saya selalu jumpa buah ni kalau balik kelantan. Dan kebanyakan yang saya makan mesti masam lah. Susah betul nak jumpa yang manis. Boleh bayangkan muka yang kerut-kerut makan buah yang masam ni?

Tapi kalini ayah damia beli kat mana ntah. Mula2 saya takut nak makan sebab takut masam. Pastu nampak Ayyunie makan rileks je. Ayyunie cakap "manis lah ibu, cer rasa"! 

Saya pun try lah sebiji. Sekali betullah manis. Ore kelate royak manis leting! Lebih dari 10 biji makan ni. Mau ada yang cerah perut nanti.

Tapi kan tapi kan, macam mana pula saya boleh tak tahu nama buah ni ya. Saya pernah dengar ore kelate panggil apa dah buah ni. Buah kuinin? Eh bukan buah kundang? Eh tak pastilah. Buah apa erk nama ni?

Ada sapa2 leh bagitau. Kalau tak sampai ke sudah saya bebankan otak fikir nama buah ni. Macam tak ada benda lain nak fikir je kan. Haha.. Bertambah-tambahlah tugasan dan bebanan otak saya.

Please.. Apa erk nama buah ni?
Post a Comment