Wednesday, April 16, 2014

CocoDamia akan dieksport ke Singapore


Alhamdulillah..
Baru siap meeting bersama dengan Pengarah dan pegawai dari HQ FAMA KL dan JB.


Insyallah, selepas ini warga Singapura boleh dapatkan Krukk Krakk chocolate bar jenama CocoDamia di Singapura bermula June ini. Tak payah dah pos-pos. Jimat kos postage kan. Tq raving fan cocodamia yang sentiasa repeat, repeat dan repeat order.


Syukur Alhamdulillah. Semoga selepas ini CocoDamia bakal berada di pasaran Timur Tengah dan Asia Barat pula.


Minggu yang sangat hectic. Pelbagai presentation perlu dibuat. Pelbagai agensi datang melawat ke premis CocoDamia. Semoga tetamu-tetamu yang datang membawa 1001 kerahmatan kepada team CocoDamia.


Terima kasih kepada Pengarah IAT FAMA KL yang memberi ruang dan peluang kepada CocoDamia utk melangkah ke hadapan di negara orang. Terima kasih juga kepada FAMA JB yang sentiasa memberi galakan dan bimbingan kepada kami. 

Semua dengan IziNya.
Tanpa iziNNya, nak bergerak setapak ke hadapan pun belum tentu boleh kan.

Syukur Ya Allah
Terima kasih Ya Allah..

P/s: Standby utk presentation next week di Putrajaya. Opsss RP RBC masih kena touch up lagi. Jumaat ni dah kena hantar. Ya Allah Izinkan kejayaan CocoDamia. Subhanallah..



No comments: