Friday, April 4, 2014

Berakhir sudah 3 hari bengkel RP..


Alhamdulillah, selesai sudah bengkel RP RBC bertempat di MPC Wilayah Selatan. Malam pertama balik tidur rumah, malam kedua baru tidur sana. Memang patutlah tidur sanakan. Sebab nak siapkan RP mengikut format yang tepat ada yang stay up dalam dewan sampai jam 2 pagi. Saya sampai 12 tengah malam je. Otak tepu beb! Lagilah nampak nilai wang sampai juta-juta. Fuhh!


Geng perempuan seramai 6 orang sahaja yang kekal dalam bengkel ni. Seorang lagi adik tu tolong amik gambar. Yang lain2 ada yang surrender malamnya dah balik tak datang. Ada juga bagi alasan tak leh bawa. Ada juga bagi alasan business tak sesuai. So balik. Dan ada juga usahawan lelaki yang balik sebab blurrr. Bagi saya memang agak susah buat RP ni. Tapi as long as you nak masuk pertandingan RP ni, please jangan mengaku kalah sebelum bertanding. Usahawan mesti berani mengambil risiko dan cekal.


Bilik yang disediakan. Mula2 bilik kami sempit dan tak berkemas. Lepas komplain kat orang kuat Kejora, baru kami disuruh tukar bilik yang besar ni. Toilet siap ada 2. Terima kasih Puan Safiah. You are the best!


Dan macam biasalah. Kalau gi kursus, tak makan 6 hari sekali tak sah! Terbaik sungguh makanan kat sini. Sedap sedap sedap. Please next time buat kursus kat sini lagi. Terbayang2 makanan dan kuih muih yang super duper best!


Yeayy! Usahawan yang menyertai RP RBC ni. Masing-masing terkesima masa saya keluarkan monopod saya ni. Haha.. Siap tanya "ni apa kak?".. Saya jawab ni nak sauk ikan dalam kolam pun boleh, nak kait buah rambutan pun boleh. Kikiki..


Selain dapat ilmu baru, dapat juga kawan2 baru. Jauh2 diaorg ni datang. Ada dtg dari Kota Tinggi. Ada dari Muar. Ada dari Batu Pahat. Ada bawah agensi Kejora. Ada bawah agensi Felcra. Ada bawah agensi Jabatan pertanian. Dan ada bawah agensi FAMA. Kagum sebab kami semua ada business sendiri yang bermula dari bawah!


Biasalah, layankan diaorg ni bermonopod!


Nak juga try test guna lens!

Apa-apa pun Syukur kerana banyak ilmu-ilmu berguna yang boleh dipraktikkan dalam business kami dengan bengkel ni. Fasilitator pun orang yang berpengalaman lama mengajar kami. Bukan on teori semata-mata. Tapi on realistic business.

Ya Allah Ya Tuhanku, Izinkan peserta-peserta yang menghadiri bengkel RP RBC di MPC pada 1-3 April 2014 berjaya memenangi geran sehingga maksimum RM2 juta. Terima Kasih Ya Allah.

Tiada yang mustahil. 
Kun Faya Kun!







No comments: