Friday, April 25, 2014

Ootd saya pada hari ini..

Fuhh dasyatkan tajuk entry harini.
Sejak bila saya pandai ber-ootd ni. Hikss....
Btw lately saya boleh dikatakan ada je benda nak beli online. Dari pakaian, tudung, barang-barang kat rumah dan lain-lain. Tu belum masuk yang beli offline. Semua tanpa dirancang.

Tapi tak lah sampai membazir-bazir. Beli mengikut kemampuan dan tuntutan kehendak sikit-sikit. Yang penting bersyukur atas setiap rezeki yang dikurniakan. 


Gambar awal pagi tadi. Dari Kota Bharu nak ke UMK, Jeli sebab ada talks berkenaan "jatuh bangun dalam perniagaan". Dah macam pengantin kami berdua ni. Sama2 tema kuning. Hihi.. Bermonopod dalam Suzuki Swift. 

Perasan tak inner glitter saya tu? Beli online dari pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita. Yang bestnya inner tu bermuncung. Tak melekap di dahi. Serius dah puas saya cari kat kedai2 inner glitter ni, semua tak ada jual. 


Alhamdulillah, crowd seramai 260 pelajar memberi saya dan ayah damia energy utk berkongsi kisah perniagaan kami. Nanti saya buat story details ya dalam entry lain.


Balik dari Jeli, lebih kurang 2 jam sampai Kota Bharu semula. Ajak ayah damia gi Pantai PCB nak beli mainan utk anak2 sedara. Sambil tu sempat ajak ayah damia selfie!

Pengantin handsome sebelah saya tu siap cakap "nasib baik lah sayang dah jadi bini 10 tahun, layan kan ajer, kalau gewe reject doh sebab berehi bennar nak pakso tok laki selfie"... Haha ampun bang. 

Alaa waktu cuti2 cam ni je sempat selfie suami isteri ni. Kalau waktu kerja nak pandang monopod pun tak sempat tau.


Jubah saya beli dari jualan online IG. Yang bestnya custom made. Ikut saiz kita. Kalau nak beli ready made susah sebab saya kan tinggi. Kain pun tak mudah renyuk. Princess cut. Harga berbaloi.

Opss tak nampak pula kasut baru saya. Muahaha..

Gurau-gurau je ya uolss.



Post a Comment