Wednesday, April 30, 2014

CocoDamia penaja rancangan temubual "Bisikan Nurani"


Cerita rabu lepas, hari yang kalut2 nak ke LCCT balik kelantan tu. Kiranya ni entry siaran tertunda ya. Kalau nak tgk siaran live boleh like fanpage: coklat iq. 


Alhamdulillah, CocoDamia terpilih untuk menjadi penaja program temubual "Bisikan Nurani" sepanjang 13 episod yang akan ditayangkan pada awal Ramadhan nanti.


Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Johor dan TV Selatan kerana sudi berkolaborasi untuk sama-sama menjayakan temubual ini. 


Ini kiranya langkah pertama CocoDamia sebagai penaja rancangan TV. Insyallah akan datang lebih banyak lagi peluang untuk berkolaborasi dengan stesen-stesen tv lain yang gah. Nampak tak kat belakang tu, bertingket-tingket stok CocoDamia.


Syukur Ya Allah, kerana memberi team CocoDamia menambah nilai kepada mereka yang memerlukannya. 


Opsss ramai pula yang skodeng kat belakang tu tengok saya bergambar. Segan Ai tau.. Hihi..


Tajaan ini adalah untuk stesen TV Johor. Ini adalah TV online. Uols boleh search "TV Selatan" untuk mengetahui info2 menarik dan perkembangan terkini terutamanya di bahagian Selatan. 

Start Small, Dream Big!
Nothing Imposible Rite?
Selagi kita berusaha dan mengingatiNYA, insyallah banyak peluang rezeki dan lorong2 jalan yang akan menghampiri kita.

Ok lah, nanti saya dah dapat jadual siaran "Bisikan Nurani" tu, saya publish kat blog ya. Seramai 13 ilmuan agama menjadi tetamu jemputan untuk program ini.





No comments: