Wednesday, November 6, 2013

Team CocoDamia dah on the way ke Kuantan!


Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullillah, team Cocodamia turut serta dalam Karnival yang terbesar ini sempena Hari peladang, penternak & nelayan peringkat kebangsaan. Ini merupakan himpunan para usahawan dari seluruh Negeri berkumpul di bawah satu program dalam rangka mempromosikan produk masing-masing. Satu pengiktirafan oleh pihak FAMA terhadap produk Cocodamia untuk di promosikan di peringkat kebangsaan.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Yang maha pemurah lagi maha berkuasa. Ya Allah izinkanlah penyertaan team cocodamia di Karnival HPPNK yang bermula esok hingga 15/11 ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Mu, izinkanlah niat kami untuk mempromosikan makanan sunnah melalui coklat IQ di permudahkan oleh Mu dan dirahmati oleh Mu. Izinkanlah segala urusan kami, staf kami, rakan niaga kami dan para pelanggan kami di permudahkan oleh Mu. Sesungguhnya kekuasaanMu tiada had batasnya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Amin"

p/s: Bertindih-tindih tarikh ni hah..Minggu ni punya schedule..

JB-Kuantan-JB-KL-KB-KUANTAN-KB-KL-JB-KUANTAN-JB












No comments: