Thursday, November 28, 2013

Milo dinasour? Milo monster? Atau milo tabur? Eh nasi ujang pun ada!


Pagi tadi brunch (breakfast + lunch) di Kluang Rail Coffee. Lepas check out hotel terus ke Kluang Rail yang kat stesen keretapi tu. Tutuplah pulak. Last week gi Hari jumaat pun tutup jugak. So we decided memang dah tutup lah kan. 

Lepas tu kami ke Kluang rail yang bangunan besar kat tepi jalan tu. Tak sure francais atau cawangan. Yang pasti sijil Halal memang telah diperbaharui dan jelas terpampang di pintu hadapan masuk ke sini.

Uniknya nama air yang kami order. Nama fofular milo monster. Padahal nama kampung milo tabur jer. Kalau kat kedai mamak dipanggil milo dinosour. Hihi.. Tak kisahlah apa2 nama janji sedap!


Aleesya dengan set nasi lemak rendang dan oren jus!


Saya punya! Nasi lemak ayam goreng dan milo monster.


Ayyunie dengan telur masak separuh dan ice lemon tea.


Dan ini menu unik ayah damia. Sebab google makanan best kat kluang rata2 cakap nasi ujang, so ayah damia try set nasi ujang. Ayah damia cakap biasa jer rasanya. Hihi..

P/s: Otw ke Melaka pula ni nak loading barang sempena SDSI. Sebab tu sempat buat entry dalam kereta. Kalau tidak jangan harap bila dah sibuk kat booth. Alhamdulillah, harini saya dipertemukan dengan silent reader blog saya yang sangat supportive dan support saya  dalam diam-diam.  Nanti saya cerita details ya...:)






No comments: