Friday, November 22, 2013

CocoDamia sebagai Cenderahati kepada DYMM Sultan Johor


Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Dengan segala kerendahan diri, patik doakan Tuanku hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala Taufik dan Hidayah, Kemuliaan, Darjat dan Daulat!

Ampun Tuanku!


Syukur kehadrat Illahi, sehari sebelum patik bertolak ke HPPNK di Kuantan 2 minggu lepas, patik mendapat panggilan daripada Ketua Tok Penghulu di Pejabat Daerah bahawa produk patik "CocoDamia"  akan dipersembahkan kepada Tuanku sempena Hari Keputeraan Hari ini. Walau bagaimanapun, ia perlu mendapat persetujuan DO terlebih dahulu.


Dan Alhamdulillah, jumaat lepas patik telah menyerahkan 10 kotak "CocoDamia" kepada Pejabat Daerah untuk dijadikan Cenderahati untuk dipersembahkan kepada Tuanku sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada hari ini. Syukur Ya Allah. 

Semoga Tuanku dan sekeluarga suka dan gembira merasai keenakan serta khasiat yang terdapat dalam "CocoDamia". Sudilah kiranya Tuanku dapat membantu dan menyokong usahawan-usahawan Bumiputera khususnya Usahawan dari Johor untuk memperkembang lagi produk-produk muslim dan Bumiputera.

Akhirul Kalam, patik berasa begitu bangga kerana produk patik telah dipilih utk dipersembahkan kepada Tuanku!

Patik Doakan semoga Tuanku dilanjutkan usia dan sentiasa berada dibawah lindungam IILAHI.

Allahuakbar!

P/s: Maaf patik tidak pandai berkata-kata..:)


No comments: