Wednesday, November 27, 2013

CocoDamia di Karnival " 1 Malaysia Best" dan Agro Johor.

Ingat tak jumaat lepas saya ada ke kluang recce tempat karnival yang akan diadakan disamping recce homestay utk staff dan shopping sayur di Zen Xin Park? 

So Today is the day!!!
Big event peringkat negeri!!!


Alhamdulillah, CocoDamia akan berada dalam zon "1 Malaysia Best" produk bersama 39 lagi usahawan. Bukan senang ya nak berada dalam booth "1 Malaysia Best" produk ini kerana ia adalah pemilihan pihak FAMA. Usahawan terdiri dari merata2 negeri dan bernaung di bawah usahawan FAMA disamping memenuhi kriteria yang ditetapkan.


Walau bagaimana pun terdapat banyak lagi usahawan2 lain yang berada di zon masing2. Mereka pula adalah dibawah pemilihan Agro Johor. Pendek kata memang banyak produk2 yang anda boleh shopping dan juga aktiviti2 yang boleh anda semua sertai!


Selain itu, karnival ini turut mengadakan promosi besar-besaran utk dihebahkan kepada semua. Satu sidang akhbar diadakan utk sidang media pada 21hb lepas.


Alhamdulillah.. Andai benar sasaran RM70 juta berjaya, insyallah pasti lebih ramai usahawan islam yang akan membantu dan menambah nilai kepada masyarakat sekeliling. Sekaligus membantu ekonomi islam kita dengan pembayaran zakat, sedekah dan juga wakaf. Semoga kita semua berjaya dan kaya dunia akhirat. 


Dan semalam pun team CocoDamia telah pun bergerak ke Kluang utk set up booth dan juga mendengar taklimat. Hamboii banner kat belakang tu tak agak-agak kan! Hihi..

Dan pagi tadi team pemasaran CocoDamia dah pun bergerak seawal pagi utk memberi penerangan dan membuat jualan di Kluang. Semoga target jualan tercapai ya!!! Good luck semua!!! Go go CocoDamia!!!

Dan saya serta anak2 sedang menunggu ayah damia meeting di Pejabat Tanah JB. Habis meeting nanti terus gerak ke Kluang! Bagus gak, sebab pagi ni baru sempat packing barang semua. 


Ya lah semalam penat teramat entertained sesi pendaftaran kelas tuisyen utk sesi 2014. Jam 11 malam baru sampai rumah. Alhamdulillah dengan rezeki yang sampai ke malam. Ngam2 saya habis sesi pendaftaran, ayah damia pun sampai dari Kluang. Lepas tu kami sama2 ke Secret Recepi utk makan malam.

Utk anda semua khususnya Warga Johor, jom sama2 kita ke Kluang utk melihat sendiri produk2 usahawan bumiputera yang terdapat dalam Karnival "1 Malaysia Best" dan juga Agro Johor ni. Jangan lupa cari booth CocoDamia di Zon "1 Malaysia Best" ya. Kepada yang belum pernah rasa, ada tester disediakan! Kepada yang masih belum tahu apa itu Coklat IQ CocoDamia, meh kami terangkan. Jumpa anda disana!



No comments: