Jumaat aritu kan Johor cuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor, saya ambil kesempatan ke Kluang utk melawat tapak utk CocoDamia sempena Karnival 1 Malaysian Best dan Agro Johor. Sambil2 tu cari hotel utk staff juga. Alahai hotel semua penuh sebab jabatan2 kerajaan dan booked pukal. So kena cari homestay lah. Nasib baik ada kawan ayah damia yang ada homestay dan chalet yang cantik kat Parit Raja. Lepas tu apa lagi? Jalan2 cari makan lah kan. Habis satu kluang jalan2. Hihi.. Jam 8 malam baru sampai JB.
Antara tempat yang saya nak sangat pergi adalah Zen Xin Organic Park ni. Selalu nampak sayur2 Zen Xin ni kat Aeon jer kan. Kalini puas hati dapat shopping direct dari ladang dia.
Banyak makanan dan sayuran organic kat sini. Sayur2 pun segar dan harga rasanya murah jugaklah. Mahal sikit pun ok sebab utk kesihatan juga kan. Nama pun organic.. Hihi..
Btw kat sini bukan sekadar utk shopping sayur sahaja, ramai pelajar2 sekolah pun ada lawatan juga kat sini. Boleh sewa basikal masa lawatan tersebut. Ada juga kandang2 arnab dan ternakan lain disini.
Ada juga restoran halal kat sini. Semua makanan berasaskan makanan organic. Yang paling special kat sini adalah Jus Dragon Fruit. Nampak menarik jer. Tapi tak sempatlah saya dan anak2 nak buat lawatan kat sini dan juga cuba2 makanan kat sini. Banyak lagi agenda nak buat masa tu.
Ayah damia meneliti peta di ladang tersebut. Boleh tahan besar. Next time insyallah bawa anak2 atau student saya ke sini.
Kat depan pintu utama ni ada kolam ikan. Besar2 ikannya..
Ok lah semalam menu utama makanan tengahari saya adalah berasaskan sayur2 Zen Xin. Alaaaa.. Masak pun dah lambat sebab balik dari kelas Coaching Cocodamia baru sempat masak. Jam 3 petanv baru lunch. Tak sabar2 nak makan sayur2 segar ni.
Taraaaa.. Ni lah menu utama saya semalam. Lauk ni memang kegemaran kami sekeluarga. Makan nasi bertambah2 tau. Dimakan pula dengan ikan kering, sambal belacan power dan ikan bakar! Walllllaaaaa!!!! Nikmat sangat makan. Syukur ALHAMDULILLAH..
P/s: Nanti nak singgah lagi sini.
P/s: Esok dah start pendaftaran kelas tuisyen sesi 2014. Harini sibuk uruskan persediaan registration esok.
No comments:
Post a Comment