Wednesday, November 20, 2013

"Halal" bukan sekadar Cop Halal..

Dah lama saya nak share pasal isu halal ni..Sejak saya dan ayah damia ke sebuah kilang makanan ringan beberapa bulan lepas utk melihat contoh mesin yang dikeluarkan oleh pembekal, namun ada perkara baru yang perhatikan dan menjadikan saya lebih berhati-hati lepas ni. Produk makanan ringan tu memang famous, senanglah nak jumpa kat pasaraya atau kiosk2 di stesen minyak macam petronas.

Memang ada sijil halal terpampang jelas dalam premis tersebut. Tapi yang menjadikan kami terkesima sekejap adalah attitude para pekerja dikilang itu. Beberapa pekerja lelaki bukan islam sedang buat kerja masing2... Ya bukan islam..lepas tu sambil merokok sambil mengoreng.. Ya Rabbi.. Kami orang luar berada dalam kilang tu pun selamba jer lelaki tu hisap rokok berkepul2 depan kami. 

Yang bahagian packaging pula Dengan pakaian seluar pendek dan hanya bersinglet, kemudian ada bangle di pergelangan tangannya, siap pakai rantai silver lagi di leher.. Tattoo pun ada di lengan..Masyallah.. Senangnya dapat "halal" kan. Walhal nak dapat halal tu bukan sahaja dilihat pada bahan mentah, bahkan pada siapa pekerjanya juga, dimana dan bagaimana keadaan premis, peralatan yang digunakan dan pelbagai aspek lagi yang perlu diambil tahu.

Jumaat lepas, sempat saya dan ayah damia bersembang petang sambil ada perbincangan dengan seorang pengarah bahagian Keusahawanan. Antara intipatinya adalah kata beliau "cukup 3 kali solat jumaat ada khutbah tentang makanan "halal", insyallah orang islam pasti tidak akan memandang remeh tentang ini". Betul juga kata pengarah tersebut. Masalahnya ada ke yang nak bicara tentang makanan "halal" masa khutbah jumaat?

Apa2 pun, mereka tidak boleh disalahkan. Yang penting adalah KITA SENDIRI. Apa yang kita cari, itulah yang kita makan. Mereka hanya mengisi peluang pasaran yang kosong. Namun kita jua lah yang harus bertidak sebagai pembeli muslim yang bijak. Alhamdulillah, kini dah banyak kedai muslim shop yang menjual barangan2 produk islam tumbuh bagai cendawan. Nampaknya makin ramai yang mula menyedarinya.



Insyallah.. CocoDamia akan cuba melaksanakan tanggungjawab sebagai penyebar makanan sunnah dan produk muslim dengan berada di landasan yang betul. Akan kami cuba tingkatkan kebaikan produk CocoDamia dari masa ke semasa utk kepentingan pengilang, pekerja dan juga pembeli bersama.


Status saya di FB kejap tadi. Malas nak taip semula, screenshot pun boleh lah ya. Janji apa yang ditulis sama2 kita hayati. Ayat2 tu jujurnya saya ambil dalam page carigoldforum tentang usahawan makanan halal.


Tapi betulkan memang ada orang yang macam tak kisah jer pun...:) Dan saya serta keluarga pun mungkin ada terlepas pandang pasal ni. Terutama utk restoran makanan segera dan juga produk sejuk beku. Jom sama-sama lepas ni kita saling berubah ke arah makanan yang betul-betul "halal" konsepnya. Saya pun bernasib baik sebab bawah office saya ada kedai muslim shop! So memang senang nak beli meatball, sosej, maggie atau apa2 bahan mentah yang kering dan sejuk beku disitu. 

Dan akhirnya siap jua entry yang dah lama terpendam di hati ni. Nak buat nak buat entry pasal halal ni, tapi terfikir sejenak, siapa aku utk buat entry ni? 

Tapi saya kembali kepada konsep "buatlah sesuatu kebaikan walaupun nampak kecil akan kebaikan tersebut. Walaupun kecil disisi manusia, tetapi besar disisi Allah" 

Insyallah, sharing is caring..

No comments: