Jumaat lepas, sebelum ada staffs yang bertolak ke Batu Pahat, sempat ajak mereka makan sama-sama di RasaMas.. Staffs lelaki masa ni semua solat jumaat. So ni kira ladies day out!! Hihi.. Normally pun hari jumaat selalu saya beli breakfast makan sama2 kat office lepas tazkirah dan juga bacaan Yaasin. Tapi kalini kita ubah makan lunch pula.
Syukur Alhamdulillah.. Semoga saya dan suami istiqamah berkongsi rezeki dengan para staff dan juga orang sekeliling yang terdekat dengan kami. Lagipun seorang usahawan takkan berjaya tanpa pekerja-pekerja yang setia dan juga rajin.
Both Damias pun ikut juga. Kan jumaat lepas cuti berganti utk kebanyakan sekolah sempena Deepavali. Alhamdulillah..Syukur dengan Nikmat yang Allah beri kepada kami.
P/s: Rezeki kami, staff RasaMas tersalah letak ais krim dalam minuman kami..katanya "tak pe puan, kami tak charge".. Hihi.. Rezeki yang tak disangka tu kan..
No comments:
Post a Comment