Thursday, November 21, 2013

Makaroni Bakar Cheezy!


Macam mana?
Nampak menyelerakan tak?
Nampak sedap tak?
Nampak wow! Yummy yummy tak?
Hihi..gurau2 je ya..


Kebetulan petang semalam tak tahu nak masak apa tatkala dapur kehabisan gas, tetiba datang idea nak buat makaroni bakar ni. Goreng guna portable stove, rebus guna rice cooker dan bakar guna Oven. So simple kan..yang penting macam status kat atas tu! HALAL!!!!!

Lagi pun cuti2 sekolah ni anak2 asyik merengek kejap2 lapar, kejap2 lapar.. Maka dalam kesibukan tetap luangkan masa main masak2 didapur..


Ok ada yang minta resepi juga tu.. Ni resepi main campak2 jer.. Sukatan ikut suka. Janji jadi dan sedap.. Hihi..

Mula2 rebus lah makaroni tu.. Lepas tu toskan air dia.
Dalam masa yang sama, tumis bawang putih, bawang merah dan serbuk kari. Dah naik minyak masukkan daging kisar. Kemudian masukkan perasa, garam dan sos cili. Last sekali masukkan meatball.

Lepas tu potong kecil2 cheese macam gambar kat atas. Fungsinya agar lebih cheezy masa makan. Gaul2 makaroni goreng tu bersama cheese tadi.


Oleskan sedikit mentega pada bekas yang kita nak bakar tu. Masukkan makaroni tadi. Pecahkan 4 biji telur dan pukul sehingga kembang. Masukkan dalam bekas yang nak bakar tadi.


Akhir sekali bolehlah tabur mozarella cheese atas macaroni tadi. Nak lebih cheezy? Tabur banyak2 cheese tu. Hihi..
Then bakar suhu 170'c guna kaedah "both" selama 15 minit.

Enak dihidang panas2 bersama sos cili! Wowwwwww!!!

Selamat mencuba! 


Post a Comment