Wednesday, October 17, 2012

Ulangtahun yang ke-5 untuk Damia Aleesya





Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu Damia Aleesya,
Allah selamatkan kamu!!!!
Aminnn

Sedar tak sedar dah 5 tahun anak ibu harini. Aleesya dilahirkan tepat jam 5:30 subuh tadi di Pusat Perbidanan Khor & Loh 5 tahun lepas. Seawal pagi lagi ibu dan ayah dah ucapkan "happy birthday" utk Aleesya!!!

Walaupun harini Aleesya ada final exam, tapi tetap nak sambut dalam kesederhanaan di tadika. Ya lah, tahun lepas 17hb Aleesya ada konsert kan. So tak sempat nak celebrate kat sekolah. Jadi tahun ni ibu dan ayah cuba realisasikan impian Aleesya nak sambut birthday Aleesya bersama rakan2 dan teacher2.

Alhamdulillah, dah selamat pun celebrate kat tadika tadi. Dari raut wajah Aleesya ibu tahu yang Aleesya sangat seronok kan. Tak pe lah Aleesya, alam tadika tak lama.. Tahun depan adalah tahun terakhir Aleesya berada di tadika kan.. Insyallah ada rezeki dan masa, kita celebrate lagi di tadika ya!!!

Bersempena ini, ibu dan ayah mendoakan semoga Damia Aleesya bt Khairuddin menjadi anak yang solehah, dengar kata ibu dan ayah, bijak pandai dunia akhirat dan selalu menyenangkan org2 yang berada di sekeliling Aleesya. Ibu juga doakan semoga Aleesya berjaya dalam peperiksaan yang telah selesai tadi.

Ok lah, nanti sambung lagi yer cerita dengan gunakan gambar2 dari DSLR. Itu pun kalau sempat transfer..

Dan akhirnya...........

Yeayyyy both Damias dah habis final exam!!!! Masa utk packing baju pula!!!! Kami akan bercuti sampai hari ahad ni. Lalalalalalalalalalalalala...



- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment