Tuesday, October 9, 2012

Cilok gambar tanpa izin || Bukan sahaja gambar2 Aleesya, malah gambar tudung saya yang gojess itu turut menjadi mangsa..

Mula-mula sekali apa perasaan anda kalau tiba-tiba anda dapati gambar yang anda susah payah snap, tetiba jer ada kat wall orang lain atau pihak lain. Kalau gambar tu adalah kerjasama atau pun kita memang upah pihak tu lain cerita, ini adalah tanpa tahu apa-apa, alih-alih gambar kita tu ada kat wall dia. Lepas tu, pabila pihak lain tanya itu ini, seolah2 gambar tu dialah yang punya...

Ok, saya tahu memang gambar2 kita pabila dah masuk blog atau FB, memang susah nak kawal tak nak bagi org copy atau download kan. Tapi sekurang2nya dengan credit to atau link back semula gambar2 tu kepada pihak yang sebenar, rasanya itu pun sudah memadai. Bukannya nak minta bayaran atau minta royalti pun kan. Tapi kalau betul2 bayar royalti ok gak kan...bertuah Aleesya..tapi belum rezeki Allah lagi nak bagi royalti utk pengunaan atas gambar2 saya...manalah tahu suatu hari nanti kan..

Jom kita tgk beberapa contoh pihak2 yang menggunakan gambar-gambar saya secara berhemah atau secara tidak berhemah. Pendek kata curi gambar dalam internet tanpa izin atau link back...
(Contoh2 ni saya ambil yang dalam masa terdekat ni)


Ni POISE MALAYSIA guna gambar Aleesya masa bulan puasa aritu..
Bangga dan terkejut, emosi kedua2nya hadir serentak.
Bangga sebab gambar Aleesya menjadi pilihan..
Terkejut sebab tak pernah ada kerjasama dengan POISE...
Tapi sekurang2nya pihak POISE link back semula ke blog galeri kebaya saya..
So, secara tidak langsung ini mengembangkan lagi business saya..
So, ada juga kebaikan pabila POISE guna gambar Aleesya ni..



Ni pula gambar yang ANMUM CLUB guna..
Nampak tak siap mention photo source dari mana..
So, pabila org ambil gambar secara berhemah, takkan saya nak keletang keletung marah pulakkan..
Malahan ia membantu dalam pengembangan business saya..


Jumaat lepas, tetiba saya dapat tag dari blogger Ida Rahayu berkenaan dengan gambar Aleesya kat banner ni..siap cakap kalau Aleesya buat events kat UIA ni, nak jumpa lagi..
Wahhh ini memang mendatangkan amarah, sebab selama ni memang saya ada bekerjasama dengan pihak UTM, KTHO dan BERITA HARIAN berkenaan fashiow show muslimah cilik ni..tapi tak pernah pula bekerjasama dengan pihak UIA. so nampak tak disitu...guna gambar Aleesya seolah2 Aleesya yang akan hadir buat fashion show aritu...bukankan ini dinamakan kepentingan utk business sendiri...at least you pm cakap nak minta izin cilok gambar atau pun kurang2nya bagilah link back kan...ini apa pun tarakkkk...dah post kat wall pihak yang berkaitan, tapi no Reply...ada dapat no tel pihak sepatutnya tapi JUJURNYA saya tak ada masa nak follow up pasal benda ni..memang ramai yang komen dan cakap
SAMAN ajer...tapi saya rasa saya tidak mempunyai byk masa utk buat kes ni sampai jadi SAMAN..



Dan yang paling tak sangka sekali, selang sehari selepas tu, Blogger Erin Nurzarina pula tag saya cakap nampak tudung saya kat satu wall ni...alahai...macam2...
Terkejut yang amat mula2 saya tgk gambar ni...siap komen lagi tu..tapi komen yang berhemah ok..saya bukan jenis yang suka terang2 menyerang org...maka ramai pula yg tag gambar tudung tu kepada saya..tq kawan2...


Ni antara kawan2 saya yang tag saya...dan yang paling tak tahan tu, ada juga pengomen2 lain menganggap ni tudung pihak yang post wall tu...rata2 komen cantik,  colourful, menarik, beli kat mana dan lain2..adoiii

Walaubagaimanapun, pihak yang post tu dah meminta maaf kepada saya secara terbuka. Dan dah edit pun gambar tu credit to owner: Puan Zamzarina Zakaria..

Ok disini ingin saya jelaskan bukanlah NAMA yang diinginkan tetapi hak saya sebagai pemilik yang telah susah payah snap gambar tu..bukan guna HP...guna DSLR tu, setting tu setting ni, angle tu angle ni, edit tu edit ni...so sekarang baru saya faham perasaan yang org salah guna gambar2 kita tu...Sekurang2nya kalau ada sumber photo dari mana, tak lah org salah anggap pasal sesuatu hasil karya tu kan..penghasilan gambar tak kira cantik atau tidak rasanya boleh jua dianggap karya kan..

Jadi lepas ni diharap, kalau kita nak guna mana2 gambar dari google, please bagi credit to atau sumber foto dari mana...peringatan utk diri sendiri jugak ni..kang nanti tak pasal2 kita pula kena saman..

Ok done penulisan saya harini..terima kasih sebab sudi membaca..

p/s: Buat watermark pun, sekarang ni dah ramai yg boleh edit watermark jadi clean and clear..susah kan..

p/s: Tapi saya bangga juga sebab hasil karya diminati ramai, sampai ada yang curi tanpa izin..hihi..

p/s: Nak tanya pendapat yang lebih arif, boleh ke saya SAMAN kalau kes macam ni?? Advice me please...








Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

 
Post a Comment