Monday, October 1, 2012

Pen penghilang bintik || Moga moga berkesan






Malam tadi masa membeli belah kat Giant Tampoi, ternampak pulak produk baru ni..

Saja2 beli utk menghilangkan kesan bintik hitam pada muka akibat jerawat. Lately muka saya cepat betul naik jerawat. Tak pasti samada puncanya dari supplement yg saya baru cuba atau kesan dari produk kecantikan muka yg sibuk org promote kat internet.

Harapnya dgn pen ajaib ni, ia mampu menghilangkan atau mengurangkan bintik2 hitam pada muka saya. Nanti kita lihat kesannya.

P/s: teringat masa sekolah2 dan zaman kat utm dan zaman2 lepas kahwin dulu, pergi mana2 ada jer yg tanya pakai produk apa sebab muka licin. Masa tu pakai bedak rambai yang gonyoh kat muka keluar daki2 dan sel2 mati tu. Tapi bila umur masuk 30, macam2 kolagen nak cuba, macam2 supplement nak makan, macam2 produk kecantikan nak beli. Dan ni lah buahnya, mukaku dah tak selicin dulu lagi.. Sob sob sob.. Suami pun marah asyik dok cuba jer produk tu ni.... Sumpah saya takkan cuba lagi produk yg org promote2 kat FB dan Blog walaupun lepas baca testimoni nampak mcm produk tu lah palinf bagus.. Oh mindaku mudah di pengaruhi sejak masuk 30 tahun..:)



- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment