Monday, December 10, 2012

Jojo Rakit ~ Pengalaman bercuti di Homestay atas air ~ || Day 1

Mengujakan!!!
Menarik perhatian!!!
Dan tak sabar nak menikmati keindahan alam dari atas air!!!

Itulah perkataan yang terlintas masa mula2 sampai ke sini.
Pemilihan untuk bercuti dari hiruk piruk kota serta lari sementara dari bebanan kerja adalah suatu pemilihan yang tepat apabila Jojo Rakit menjadi pilihan percutian 2 hari 1 malam kami disini.

Kami tahu tentang Jojo Rakit ni pun sebab masa otw nak ke Desaru, selalu ternampak signboard besar di tepi jalan yang menuju masuk ke Teluk Sengat. Tapi masa tu fikiran kami bayangkan kelong ikan yang biasa2 means bau busuk/hanyir, tak ada aircond, fasiliti kurang dan macam2 lagi. Tapi ternyata anggapan kami meleset apabila sampai ke sini. Semuanya cukup lengkap utk sebuah homestay di atas air. Ya!!! Homestay atas air. Suatu percutian yang agak luar biasa bagi kami sekeluarga dan inilah pengalaman pertama kami bercuti di atas rakit atau homestay atas air.

Aktiviti utama sebenarnya disini adalah memancing. Berbeza dengan dulu-dulu, kini keluarga pun boleh ikut sama memancing. Btw hobi ayah damia dulu memang memancing pun, tapi sejak ada anak-anak ni rasanya hobi tu dah lama berkubur. Nasibnya joran masih ada dalam stor lagi. Untuk feel memancing yang lebih, ayah damia sanggup beli sebatang lagi joran untuk saya. Hahaha...alasan jer tu untuk saya, walhal 2-2 joran tu pun ayah damia nak guna.

Ok lah jom tgk gambar2 yang sempat saya snap dulu. Tapi sebelum tu serius kat sini saya lebih banyak posing berbanding ambil gambar anak-anak saya. Jangan marah ya..:))


Dah parking kereta siap-siap, so posing-posing sekejap di jeti Tanjung Buai sementara tunggu private boat datang ambil kami.


Tangan saya tak lepas pegang shawl sebab angin terlalu kuat walaupun cuaca panas. Kalau tak pegang habis shawl tu menutupi muka saya nanti


Yeayyy bot dah sampai..
Aleesya tengah tolong hulurkan barang2 kepada ayahnya dalam bot..
Actually both Damias sangat2 excited nak naik bot ni..


Hooray!!! Finally dah sampai Homestay atas air kami..
Tu tempat receptionist...simple but nice..
Sangat unik deco2 Jojo Rakit ni..


Wahhh dah tak sabar ayah damia nak memancing tu..walhal umpannya tak ada lagi..:))


See..posing lagi..
Kan saya dah kata memang banyak gambar saya posing je...hihi


Dua buah kerusi yang menyambut kedatangan kami masa mula2 turun dari bot..


Percutian yang pasti akan menjadi kenangan kepada kami sekeluarga di Jojo Rakit..


Hihi..layankan aje yer..

Actually ni kawasan utk makan-makan di kiosk yang ada. Tapi disebabkan masa kami pergi tu kiosk tutup, maka ambil kesempatan posing2 atas air..:))


Ni posing dekat kawasan belakang2 Jojo Rakit..


Sakan betul both Damias main mini palyground ni..
Kebetulan masa hari yang kami stay tu tak ada guest lain..
Hanya kami sekeluarga dan pekerja2 disitu sahaja..
Tu Ayyunie bergambar dengan adik pekerja kat situ..
Dah petang sikit baru ada satu pasangan from Singapore datang stay situ..
So sepanjang 2D1N kami disitu, hanya Singaporean tu menjadi teman kami..


Tempat makan duduk bersila, unik kan??


Terdapat 3 sangkar ikan peliharaan kat Jojo Rakit..
Ada ikan talapia, ikan kerapu dan ikan apa ntah satu lagi tu..
For Display Only, tak boleh beli!!!


Bot yang membawa kami ke sini dan disitu jugalah tempat kami disambut oleh pekerja Jojo Rakit..


Oh tu bilik saya!!!


Lalalalalala....nasib baik still boleh online walaupun tenetnya slow bangat...hihi


Aleesya dan Ayyunie pun nak bergambar kat situ juga..
Haishhh takut saya sebab kat itu memang open water, nanti ada yang TERjatuh kang nanya..huhu


Sesekali ombak lalu, terpecik jua airnya ke kaki saya..


Pemandangan pada waktu malam..
Perghhh sangat2 cantik dan disinari oleh lampu2 sana sini..
Bayangkan di tengah2 atas air, homestay tu berkilau-kilauan dengan cahayanya..


Cantik sangat pemandangan waktu malam..


Ok nak dijadikan cerita, jenuh puas kami mencari umpan utk memancing di situ..
Dari Teluk Sengat sampailah ke sini kami mencari umpan memang tak ada..
Tanya orang tu, tanya orang ni, memang tak ada umpannya..
Last2 petang tu ayah damia guna roti sebagai umpan...haha
Manalah ikan nak makan kan..
Dah tu jam 8 malam barulah pakcik yang bekerja kat situ bawa umpan udang hidup ni..
Bayaran RM15...nasib ler ada umpan juga akhirnya..


Harapan kami agar malam tu dapat hasil "besar"..
Huhuhu..tapi biasalah memancing ni memang bergantung pada nasib kan..
Memula Singaporean tu dapat ikan duri, pastu ayah damia pula dapat ikan selar..
Pastu sampai kul 2 pagi memancing tak dapat apa2 ikan2..haha.
Ikan pun cerdik kot sebab tu kan kawasan memancing, takkan senang2 dia datang nak menyerah diri..:))


Yang bestnya dinner kami malam tu bertemankan bintang dan bulan serta dikelilingi air..
Wahhh romantik gitu bersama anak2..hihi


Nilah ikan selar yang ayah damia dapat pancing tu..
Dah selamat jadi umpan semula agar dapat ikan yang lebih besar...


Kan senang pancing ikan-ikan peliharaan dalam sangkar ni...confirm dapat...haha


Pemandangan pada waktu malam...
Kalau weekends memang penuh...sebab tu kami pergi hari jumaat...tapi rasanya lagi ok kot tak ramai masa kami pergi sebab memang betul2 boleh menenangkan fikiran dan both Damias pun happy jer bawa diri sendiri. Tak serabut ngan ibu dan ayahnya. Nak tidur masuk bilik sendiri, nak ke toilet pergi sendiri, pendek kata memang macam buat sendiri dah..hihi

Ok lah sambung lagi nanti day 2 ya!!!



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

4 comments:

emy said...

bestnyer g tempat tu..pengalaman baru utk anak2...

Nur-nba said...

Seronoknya baca kisah percutian Ayu.. Tak sabar pula nak ikuti sambungannya..

Unknown said...

cantik2 gambarnya:) kalau nana takut jugak tempat xda orang ni,hee...mesti nak p toilet ke apa ajak berteman^-^

Mama Zharfan said...

berapa rate kat sini yer..