Salam Awal Muharam semua..
Dan selamat berhujung minggu..
Kemana uolss cuti hujung minggu 3 harini?
Saya pula walaupun hari jumaat tu hujung minggu...
Business tetap on..
Deal tetap deal..
Appointment haritu ada 4 yang kena ditepati..
Dan Daim pun hari2 kena ikut pergi kerja juga..
Born to be CEO lah katakan.. Insyallah..
Biar dia tahu realiti business dari fantasi sejak kecil lagi..mudah-mudahan... Aaamin..
Semalam pula hari sabtu adalah hari shopping se-family guna voucher...
Tapi yang kat Hush Puppies paling win sekali..
Sebab total harga untuk sebuah handbag merah menyala, wallet latest edition fully kulit kambing dan sepasang kasut yang paling latest edition adalah RM 927. Tapi kami bayar RM29.30 sahaja. Dan buat member card RM12.
Thank you Hush Puppies Malaysia..muahhhhhh! Nampak tak gambar kat atas muka kami yang happy tu.. Haruslah happy kan.. Hihi...
OMG... Aleesya photobomb gambar ibu pula.. Hihi.. Kusyuk ibu memilih kasut2 dan handbag tu..
Happy customer yeayy! Selain happy shopping kat sini sebab keluar duit tak sampai pun RM30 pun, happy juga sebab kat sini staffsnya sangat friendly. Sabar melayan kerenah pelanggan dan bagi suggestion yang ni lagi baik, yang tu lagi latest edition. Ni Hush Puppies kat AEON Bukit Indah.
Pening tak tahu nak pilih yang mana. Tapi sebagai isteri mithali, saya ikutkan aje pilihan suami yang sukakan warna merah kalini. Dia kata merah lebih berani dan confident. Nanti gi meeting, mesti org akan ikut je keputusan kita. Haha..baiklah abang!
Ouchhh kasut kat kaki saya tu husband cakap macam org veteran punya favourite. So kena pilih yang lebih fresh dan trendy. Ya lah ya lah.. Saya ikut sahaja.. Hihi..
Selfie sat sementara tunggu staffs Hush Puppies gi amik saiz kasut kita dan handbeg yang baru.
Daim behaved sangat. Lepas je minum susu, terus tidur. Senang haihh kami semua nak shopping lepas tu.
Thank you suami dan anak2 yang sporting teman ibu hampir sejam kat sini memilih kasut dan handbag. Muahhh.. Sebagai ganjaran, Ayah Damia pun dapat juga wallet fully kulit kambing leather genuine katanya. Cuma kasut budak2 tak ada kat Hush Puppies sini. Kena beli kat Hush Puppies KL. Ok so ibu beli benda lain sebagai ganjaran utk anak2.
Bukti! Total RM927. Lepas tu wallet dan handbag ada 50% diskaun, kasut pula ada 30% diskaun. Dan saya bayar guna voucher RM500. So baki RM29.30 guna cash. Hihi.. Terima kasih Allah. Nikmat rezeki mana yang nak didustakan...
Oh ya, sekarang Hush Puppies ada sale tau bermula hari jumaat lepas sampai hujung minggu ni. Surat kemenangan saya sampai hari jumaat. Semalam terus gi redeem. Baru tau ada sales. Memang untunglah saya dapat pilih banyak2 items. Kalau tak syarat sebenar dalam surat kemenangan adalah boleh beli SEPASANG kasut sahaja yang bernilai RM500. Alhamdulillah.. Allah permudahkan..
Lepas tu kami ke Tesco Bukit Indah pula untuk habiskan voucher cash yang sampai minggu lepas. Banyak juga groceries rumah yang boleh beli..tapi kena tambah duit sendiri jugalah..Alhamdulillah..
Lepas tu singgah Giant U Mall pula menghabiskan balance voucher yang ada. Alhamdulillah..
Terima kasih Allah. Sekali sekala Best juga shopping free kan. Eh kalau tiap2 minggu shopping free pun lagi best kan. Tapi Allah Maha Adil, Dia takkan bagi kat kita je.. Berbagi2 lah rezeki yang luas ni.
P/s: Sebelum kami shopping semalam, kami pergi buffet lunch dulu. Nanti kami review ya.
No comments:
Post a Comment