Wednesday, October 19, 2016

Teh Tarik Madu a.k.a Teh Jebok dah ada kat Skudai


Harini bizi semacam (macamlah hari2 lain tak bizi.. Heeeee). RPagi ada interview dari Permodalan Darul Ta'zim, kemudian bergegas pula utk appointment design dan printing kotak, kemudian alih2 terasa laparnya perut. Patutlah lapar, dah dekat jam 4 petang masih tak makan lunch lagi.

Kalini ayah damia bawa saya lunch di kedai baru parent student saya. Ayah damia dah kali ke 2 ke sini dan kali ke 3 dapat merasa makanan2 sedap ni sebab ada sekali tu tuan kedai tapaukan utk kami sekeluarga.

Yeayyy.. Akhirnya kat Skudai dah ada Teh Tarik Madu a.k.a Teh Jeboks (Maksudnya buih buih). Parent student saya ni orang Kg Badang Jalan PCB. Tak jauh dengan kampung ayah damia lah. Makanan kat sini memang puas hati utk yang suka selera Kelantan dan Thai lah. Macam-macam menu tersohor kelantan ada.

Oh ya utk Teh Jeboks tu ada 2 warna. Satu warna teh tarik asli dan lagi satu warna teh tarik hijau (green tea). Saya pilih warna hijau lah.. Nampak menarik. Sekali sedut rasa, sedapppp!


Saya makan nasi putih + kerutuk daging. Tak kedekut lauk. Memang puas hati. Sedap macam citarasa mak2 kat kg masak.


Ayah Damia cam biasalah. Dia mana boleh tahan dengan menu mee celup ni. So ayah damia order kuew tiaw celup + telur sebiji! Terbaik! Macam golok punya style kata ayah damia.


Kebetulan student saya tu ada kat situ baru balik sekolah, so wefie sikit! Hihi...


Ni senarai menu dan harganya. Ok next time aim nak makan maggie ketam tu. Balik kelantan pun tak sempat nak rasa meggie ketam tu, kita makan kat Skudai lah senang.


Menu untuk air beserta harganya. 


Kat mana kedainya?
Kat gerai banyak2 belakang Diamond Sport Centre Sri Skudai tu. Yang area Caltex tu. Jumpa banner ni ya lah tu. Buka dari jam 12 tengahari hingga 12 malam. Tapi saya syorkan pergi petang hingga malam sebab open space gitu buka payung kat luar. 


Yang ni pula last week ayah damia bawa saya ntah ceruk2 mana lah gi cari mee celup dan nasi air ni. Saya makan nasi putih dan sup daging. Rupa2nya area Kg Pasir, Tampoi. Jumpa pula tu gerai ni. Ayah Damia kata dah viral kat FB, cari je lah. Hihi.. Suasana makan yang kat sini best.. Angin sepoi2 bahasa bawah pokok. Lena sungguh Daim tidur. So kami berdua dapat makan dengan happynya!

P/s: Kat mana lagi uols tahu destinasi mee celup kat JB ni? Selain dari kg Melayu Majidee tu dan tempat2 kat atas? Kot2 ayah damia nak try hunting mee celup lagi.. Hihi..






Post a Comment