Monday, October 3, 2016

Buffet 1 pinggan 1 pelanggan


First time try buffet kat Orenji Cafe ni..
Btw saya tahu cafe ni pun sebab owner tu salah seorang ahli keluarga ustazah yang mengajar both Damias mengaji..
So dalam group whatsapp tu adalah selalu promote cafe ni. Untuk support business sesama kita, ayah damia pun ajaklah kami semua buffet lunch kat sini hari sabtu lepas sebelum kami shopping sakan guna voucher tu.

Cafe ni terletak di area2 rumah/banglo dekat Jalan Petri. Btw cafe ni pun macam bersambung je ngan rumah yang ada tu. Mula2 sampai, baca dulu banner2 yang ada. Ya lah takut tersalah ambil atau tersalah maksud kan.

Jadi betullah seperti yang kami faham. 1 pinggan untuk 1 pelanggan sahaja. Tak leh tambah pinggan, tapi boleh tambah lauk atas pinggan yang sama.

Hurmm bagi saya macam tak patut kot. Kalau dah buat buffet tu, tak kisahlah berapa pinggan pelanggan nak guna kan. Dah namanya buffet. Mungkin boleh sediakan pinggan/piring yang kecik2 ke. Of coz lah saya tahu dengan harga RM8.80, tak boleh bandingkan dengan buffet yang harga RM30 ke atas.

Tapi yang part membazir tu saya sokong. Kalau amik lauk tapi tak habis, dikenakan charge bayaran. 


Ni antara lauk2 makan tengahari yang disediakan. Semua ada rasa, tapi kebanyakan lauknya pedas2 belaka. Sian both Damias makan lauk pedas. Tak nak pedas amik sayur je lah. Bolehlah utk pilihan makan tengahari. Air ribena. Tapi saya suggest kalau ada dessert seperti buah-buah atau bubur kacang lagi perfect rasanya.


Customer tak ramai sekaligus, tapi silih bergantilah customer yang ada. Agak2 nak cuba makan tengahari disini, boleh je datang kan. 

No comments: