Wednesday, October 5, 2016

Bhaiya oh bhaiya!


Done pagi tadi discussion bernas investment bersama Johor Halal Park. Kita tunggu hari nak site visit pula. Tgk actual factory macam mana. 

Dekat jam 1:30 juga habis discussion. Lepas tu both Damias pula merengek2 lapar. Tak pergi sekolah sebab harini ada hari sukan. Daim pula sepanjang 2 jam discussion tidur je. Ya Allah. Baiknya Daim. Memahami sungguh. Patutlah pagi tadi tak nak tidur. Rupanya dia simpan tidur dia utk ibu ayah senang time nak discussion nanti.


Ayyunie minta lunch kat Tony Romas.. Ayahnya pula kena kejar masa sebab ada  private class jam 4 petang. So decided makan kat Restoran Singgah Selalu Umall. Janji ada aircond bak kata Ayyunie. Hihi..

Dan seperti biasa, makanan wajib yang saya order kalau kat sini adalah Sup Ekor Goreng. Memang feveret. Hujung minggu haritu pun saya ada masak menu tu. Tambahan lauk siakap stim nyonya. Memang dah lama tak makan stim nyonya. Special request dari Aleesya adalah kailan masak sos tiram. Aleesya feveret dia nasi ngan sayur pun ok. Ayyunie semua pun makan. Hihi..


Nak dijadikan cerita, suruhlah Bhaiyaa ni tolong snap gambar perfect 5 kami. Alih2 saya tengok apesal lah semua gambar blur2 sebab goyang. Hah ni baru ok sikit gambar. Snap yang ke-13 ni.. Haha.. Gambar2 sebelum ni kena delete dah. Apa2 pun Bhaiyaa memang sporting. Terima kasih Bhaiyaa!


Post a Comment