Monday, October 10, 2016

Dah macam kedai butik pengantin kucing

Waktu lunch tadi, sementara tunggu appointment jam 2 lebih di Jab Pertanian Daerah, keluar shopping barang2 keperluan Rizqi seperti pasir aroma, kristal dan makanannya. Sambil2 survey utk vaksin, ubat cacing dan sunat utk Rizqi nanti. Kami pilih Imadi Pet yang terletak di Bandar Baru Uda. Dari minggu lepas nak singgah sebab tertarik dengan kedainya yang besar dan cantik. Harini baru dapat pergi. Itupun kebetulan ada kerja dibandar.


Mula2 masuk je... Perghhh...Kedai ni umpama kedai pengantin kucing dah. Barang2 kucing semua cantik2, pilihan pun banyak, deco memang class, kucing pun memang banyakkkkkkkkk sangat.. Rambang mata nak tgk kucing yang mana satu.


Lagi satu, kucing pun bebas ke sana sini. Tak takut org langsung. Haihhh ni kalau bawa Aleesya dan Ayyunie ni confirm diaorg suka. Ibu diaorg pun teruja juga ni.


Semua barang cantik2.. Geram tgk rumah2 dan tempat main kucing tu. 


Kucing utk dijual pun banyakkkkkkk sangat! Tak tau nak tgk yang mana satu. Harga paling murah bermula RM3000 seekor. Kucinh yang Daim tgk tu harganya RM30K. Hah??? 30K??? Malah ada yang lebih mahal dari harga tu... Perghhh..

Saya tanya apa yang specialnya kucing 30K tu? Kata salegirl tu, sebab import dan kucing tu ada passport sendiri. Lagi satu kalau kucing tu beranak, kedai tu nanti akan beli semula anak2 yang dilahirkan (kalau tuannya nak jual). Harga seekor anak RM10K... Gulpppp.. Tu seekor. Kalau beranak 5 ekor? Perghhh dah balik modal dah..wah wah..


See! Banyak sangat kucing2nya.. Ni baru bahagian sebelah sini.. Yang bahagian sebelah sana.. Perghh!


Disebabkan saya cerita masalah Rizqi si pembawa rezeki yang cerewet nak makan, maka pihak kedai bagi sample makanan yang ni utk dicuba. Sesuai utk kucinh sensitif nak makan dan kitten. Banyak pula tu dibaginya..

Tapi masalahnya sampai je rumah tadi, saya bagi makan... Hurmmm langsung tak nak tengoknya. Datang dekat pun tak. Sudahnya saya goreng tempura gaul ngan nasi. Habis licin makan sepiring nasi. Selalu pun memang makan nasi ngan ayam goreng, sosej, ikan goreng, tempura dan lain2. Malam tadi siap makan cream puff lagi tau! Apa punya pesen lah Rizqi ni!


Sebab utama kenapa Rizqi perlu divaksin !.... Dah makin pandai dan mesra nak jilat2 orang dah. Selalu je tidur tepi Daim.. Haihh lah Rizqi oh Rizqi...






Post a Comment