Sunday, October 9, 2016

"Jemaah Bite Big Platter"


Ni hah menunya.. Dasyat betul namanya ya. Menu western. Tapi siap ada nama "jemaah" gitu..hihi


Dalam satu pinggan ada chicken chop, chicken grill, lamb chop, beef chop, butter rice, bolognise pasta, mashed potato dan french fries. Puas hati makan berjemaah 4 orang sekali. Licin habis!



Ayyunie terkejut masa menu ni mula2 sampai. Sebelum tu dia dah makan chicken porridge tu dulu.. Tapi lepas tu menu ni pun dia makan, chicken porridge dia pun habis juga share ngan Aleesya.


Harga reasonable. Kalau order ala-carte pun lagi mahal kot. So makan berjemaah gini semua boleh rasa, tapi dalam kuantiti yang sederhana.

Saya makan lunch ni kat Imano's Nong Chik tadi. Kebetulan ada appointment lagi satu harini kat SME Corp, tu dari Pasir Gudang pagi tadi singgah makan sini. 

P/s: Kebetulan harini anak2 tak sekolah sebab ada Hari Kantin Sekolah. Anak2 tak terlibat. So bolehlah ikut ibu ayah pergi appointment sana sini ya sambil jaga Daim. Sayang anak2 ibu!


Post a Comment