Thursday, October 13, 2016

Spray mop yang ke 3


Suka sangat guna Spray mop ni..
Sampai 3 kali dah beli..

Kalau sebelum ni beli yang microfibre mops head yang bulat macam mop biasa tu, kalini kita cuba microfibre cloths pad pula. Of coz lah lagi ringan masa mengemop kan. Nak buka cuci pun senang, tarik je cloths pad tu.

Satu buat mop lantai kat luar (sejak ada kucing makin rajin mengemop luar, hihi), satu buat mop lantai tingkat bawah, dan satu buat mop lantai tingkat atas. Senang! 

Kelmarin LEX hantar parcel jam 7:30 malam. Perghh lewat giler hantar. Masa saya nak solat maghrib, dengar bunyi phone. Saya abaikan. Pastu selang beberapa minit, bunyi ting tong ting tong. Pastu senyap. Lepas solat saya call semula no missed call tadi. Rupa2nya dari pihak LEX courier. Driver tu cakap dah letak barang saya dalam pagar. Dia minta maaf sebab hantar lambat sangat. Katanya rumah saya yang last penghantaran haritu. Hihi.. Tak pe.. Saya ok je. Saya pun faham mesti dah penat org tu kerja sampai malam kan. Janji barang sampai.

Dah banyak kali barang2 Lazada guna LEX courier sampai kat rumah saya. Services memang tip top! Mesti akan call punya tanya kita ada tak kat alamat penghantaran. Kalau kita tak ada, boleh kawtim tinggal je dalam pagar atau kalau kat office, tinggalkan je kat restoran bawah tu. Memang senang!

P/s: Eh barang lagi satu tu sweeper. Nampak dalam TV cam senang je guna. So terpengaruh punya pasal, beli je lah.. Hihi.. Tapi suami saya cakap tak best. Macam susah nak sapu semua habuk. Tapi kalau spray mop tu, dia pun bagi 5 bintang!

Post a Comment