Monday, December 31, 2012

Bermanja-manjaan di True Harmony Spa Sutera Utama

Best!!! Memang best!!! Masa yang diperuntukkan 3 jam setengah untuk memanjakan diri di True Harmony Spa memang berbaloi. Nasib baik senang jer cari kat Shop lot kat area Sutera Utama tu.





Mula2 sampai procedur biasalah, isi borang.




Pastu ada welcome tea. Rasa pahit dan masam2. Teh spa mana ada manis2 kan..:))




Lepas tu buat lah foot massage. Sebelum tu cuci kaki dulu!!!





Dah siap2 foot massage, masuk steam bath pula.. Amboiii siap ada muzik sekali dalam tu. Asap punyalah banyak.. Last2 saya turunkan sendiri suhu dalam tu. Sukar nak bernafas dalam asap yg banyak??? Tak pa, diaorg dah standby tuala basa utk kita tutup muka. 25 minit dalam tu. Fuhhh lamanya masa berlalu sebab saya ni jenis tak tahan panas.




Lepas tu apa lagi??? Milk bath pula. Lucu jet istilah milk bath tu sebab guna sabun susu Johnson & Johnson. Tapi jujurnya berjacuzzi dalam ni sgtlah syokkkkk. Tetiba ada hati nak beli set jacuzzi ni. Tapi mana mau letak???




Dah siap tu, body scrub pula. Bahan2 scrub ada ginger. So badan akan rasa panas2 sikit. Sesuai utk buang angin. Tapi saya control nak buang angin. Kesian nanti therapist bau yg kurang enak... Hihi




Lepas tu, mandi utk hilangkan scrub dibadan. Dan barulah detox massage bermula. Lama gak tu, 1 jam setengah saya tgk jam. Masa ni saya sgt2 relaxxxxsss. Dah tertido pun saya sekejap.. Hihi. Tapi saya ni jenis tak tahan sakit. Sakit sikit jer mesti cepat2 menjerit manja.. Hihi..

Btw ok lah spa kat sini. Therapist saya yg bernama summer tu pun ok dan sangat politely. Chinese org Perak. Fasih berbahasa melayu. Banyak perbendaharaan melayu yg dia tau. Walaupun saya cakap mandarin dgn dia, dia sendiri mengaku lebih selesa cakap BM sebab sekolah melayu dulu.

Dah siap2 semua. Bermulalah sesi kuatkan semangat dan mental. Haha... Yeyyy saya berjaya memboloskan diri dari sign up amik any package kat situ. Biasalag org spa ni. Sedaya upaya memujuk kita amik package tu ni. Last2 sekali dia suruh juga tinggal booking RM50 Dari RM2699 yang dipromote. Haha.. Berjaya!!!

Saya bagi alasan saya dah jadi member 2 tahun kat Spa Manja The Zone Hotel.. Hihu.. Bijakkan...

P/s: Sekali sekala manjakan diri seorang diri sangatlah terasa bagai puteri..:))

P/s: Terima kasih Johnson & Johnson atas tajaan ini..:))

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Kelam kelibut di hari terakhir tahun 2012

Memang sangat kelam kelibut. Otw nak gi bayar yuran tadika both Damias, singgah office kejap. Alih2 tengok dah ramai yang nak daftar anak masing2 utk kelas tuisyen dan bahasa. Tak menang tangan dibuatnya. Masing2 datang daftar dengan anak pakai baju seragam sekolah.

Pastu tinggal office utk staff kejap, gi tadika both Damia buat bayaran yuran, beli buku, beli uniform, ambil jadual dan lain2. Kiranya saya antara yang terlambatlah jugak. Almaklum ler back to back holiday!!!





Bayaran utk Ayyunie 1 sem. Means sampai bulan Mei 2013. Yang tolak2 tu maksudnya dah bayar deposit awal masa booking kelas nak pagi atau petang bulan 10 aritu.





Ni bayaran untuk Aleesya pula. Wahhh tetiba jer tahun ni ada bayaran utk makanan dan yuran khas setahun. Dah tu tiap2 tahun yuran bulanan naik. Demi pelajaran anak2, apa pun boleh bayar kan.





Oraittt, updated blog cepat2.. Sebab nak gi True Harmony Spa. Harini last day redeem voucher. Sibuk cam mana pun, peluang free utk treatment badan jangan dilepaskan..:))

P/s: Harap saya tak sesat cari True Harmony tu sorang2.. Cepat2 treatment nak balik office banyak kejeeee sedang menunggu.

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Sunday, December 30, 2012

Plan A cancel || Proceed plan B

Harini semangat bangun awal both Damias nak gi Legoland. Seawal 7 pagi dah siap2 walaupun hujan turun. Ingatkan kejap ja hujan turun. Sudahnya sampai jam 9 pagi hujan masih turun renyai-renyai. Sudahnya cancel plan A nak pergi legoland.






Ok proceed dengan Plan B, jom pergi shopping menghabiskan voucher2 yang ada. Pergi Parkson dulu baru pergi Giant shopping barang2 anak nak masuk sekolah sambil2 ibu dah aim nak beli barang elektrik juga.

P/s: Nampaknya burn je lah tiket legoland yang akan expired pada 31 dec 2012..

P/s: Satu lagi voucher yang kena redeem sebelum 31 dec ialah pakej spa True Harmony.. Alamak esok dah start keje, sempat ke nak gi spa ni???

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Saturday, December 29, 2012

Cheezy Sauce || setanding rasa cheezy wedges KFC

Masa kat MAHA aritu, saya spent RM300++ juga beli itu ini. Tak cukup tangan dibuatnya. Nasib baik adik ipar yang study kat UPM tu datang join kitaorg. Boleh gak dia tolong2 angkat barang. Nak dijadikan citer sampai terbolos beg kertas yg dia pegang sebab banyak gak barang yg kitaorg beli.




Ni antara barang yang saya beli. Cheezy sauce.. Rm15 ke RM20 sepeket.. Lupa pulak harga sebenar.. Dah tu lama benar nak updatef citer gi MAHA tu..:))




So ni baru kejap saya rasmikan cheezy sauce ni. Makan bersama friend fries yang saya goreng sendiri. Since adik-adik ipar saya jalan2 kat rumah ni, haruslah fikir pagi petang siang malam makan apa kan.. Hihi




Closed up.. Setanding rasanya dengan cheezy wedges KFC tu..ikhlas ni..




Thanks to adik ipar yang tolong angkat2 barang kitaorg..:))
Alang2 tu jom tgk gambar2 masa saya kat MAHA aritu..




Parking kete kat padang kawad UPM. pastu naik bas free ke tapak MAHA..ramai kan org.. Sabar jer lah..




Excited both Damias naik bas.. Berdiri pun excited tu..:))




Yg ni pula naik bas atau tram MAHA.. Pusing ke tapak MAHA yang amattttttt luas tu.. Serious saya tak pergi semua tempat..




Masa mula2 sampai dalam dewan A ke B ke C.. Ntah dah lupa.. Hihi




Bergambar kat sawah.. Btw sawah yg kitaorg pijak tu padi betul tau.. Siap ada terusan lagi..




Tembikai susu kacuk...




Berhenti rehat makan pizza Kak Pah...




Sempat beli 2 helai baju kemeja utk both Damias.




Hidroponik..




Perghhh ramainya org nak naik tram.. Kami pun redah juga.. Hihi




Kat area sini paling banyak belanja duit.. Belu durian, nangka, manggis, nenas dan macam2 lagi bawak balik ke Mak kat PD.. Hihi
P/s: Malam ni Pak Su dan ayah Mi dah nak balik kelantan. Dah tak ada kawan nak layan kerenah kamu berdua dah. Pasni boleh fokus gi bayar yuran tadika dan beli buku2 teks both Damias.. Habis sudaaa holiday!!!!
- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Friday, December 28, 2012

Casting!!!

Finally, saya baru ternampak gambar2 both Damias masa pergi casting di Hotel Grand Paragon pada 15 Disember 2012. Rupa2nya pihak agensi dah upload gambar2 talents pada 16hb aritu lagi. Cam mana pula saya boleh tak perasan. Hihi.

Ok sebelum tu jom kita review gambar2 casting mereka.


Agak lama jugalah menunggu kat lobby tu bersama talents yang lain.
Slot saya tempah pada jam 12 tengahari. Sudahnya sampai ke jam 2 lebih baru start casting utk giliran both Damias. Pihak Agensi pun ada minta maaf sebab start lewat sesi bergambar tu. Saya saja pilih seawal mungkin sebab takut Ayyunie meragam. Biasalah dia tengahari nak tidur, nak minum susu..

Gambar kat atas tu baru lepas baik badmood tu tau..Macam2 gaya si ayah memujuk supaya Ayyunie tu tak badmood. Badmood sebab tunggu lama sangat. Tu ok lah sikit. Walaupun ada senyum, tapi nampak sangat senyuman tak ikhlasnya. Huhu..


Ni pula gambar Aleesya. Aleesya tak lah badmood..Tapi asyik tanya "ibu, bila kakak nak jadi model ni??"
Model kat situ maksudnya bergambar. 
Tapi kan serious lah, photographer tak berapa mesra dengan budak2 kecik ni. Aleesya nampak sangat kejong masa casting tu. Last2 saya geram sangat sebab photographer just snap2 je, saya pula yang bagi arahan suruh buat gaya tu, gaya ni. Nasib baik lah last2 tu Aleesya dah ok sikit. Saya sebenarnya lebih selesa Aleesya mengayakan sendiri pose-posenya sebab nampak lebih natural dan alive.

Ni nak citer sikit, btw ni memang last last last minute punya planning. Btw 15hb tu saya sepatutnya ke KL sebab family in law datang. Tup Tup tukar datang last week. Lepas tu kebetulan pula ayah damia tag saya kat FB tak nak try ke bawa both Damias gi casting?? Saya pula serba salah nak bawa ke tak sebab minggu tu saya sangat2 sibuk. Dengan buat injection lah, dengan ambil gambar visa lah, dengan ambil gambar passport lah, dengan renew passport lah, dengan hari-hari pergi agensi travel lah...pendek kata minggu tu saya agak kelam kelibut sikit. Tapi memang dah ditakdirkan rezeki both Damias gi casting juga walaupun bayarannya memang last2 minute saya buat. Saya bank in kan duit kat agensi otw balik dari renew passport kat somewhere. Sepatutnya tarikh tutup bank in jam 4 petang, tapi saya bank in 6 petang. Nasib baik diterima lagi..:))

Oh ya kalau ada yang nak tahu, bayaran utk casting Aleesya saya bayar RM 120 sebab bayar sebelum pergi casting. Ayyunie pula saya bayar RM150 sebab kiranya bayar walk in. Memang saya tak bank in awal2 duit utk bayaran Ayyunie sebab takut dia tidur ke, meragam ke kan.. So total bayaran casting haritu RM270. 

Ok lah jom tengok gambar2 pada hari kejadian..


Saya sampai Hotel Grand Paragon jam 12 tengahari, masa tu saya tgk ramai pula yang pakai tudung FAREEDA masuk dalam hotel ni. Laaaaa, baru saya teringat haritu ada Hi-tea peminat Fareeda disitu. Hahahaha...kebetulan kan. Dan yang bestnya sekali tu, mentang-mentanglah saya duduk kat lobby tu, sorang masuk tanya saya "kat mana ya tempat Fareeda tu??"...lepas tu masuk sorang lagi tanya "eh, kenapa tak naik lagi??", pastu ada sekumpulan peminat fareeda pula tegur saya, "tunggu kawan ke??"..hahaha lucu betullah...tak pasal2 saya dah macam kaunter receiptionist Fareeda kat lobby tu...last2 saya duduk tempat ke dalam sikit, barulah lega. Dalam jam 1:40pm tu, tetiba saya nampak duta Fareeda, Mawar dan model Fareeda, Suhaili naik lift. Hihi


Sementara tunggu giliran casting, posing2 dulu kat lobby. Menarik betul santa claus yang boleh keluar lagu dan goyang2 badannya.



Ayyunie ni tak ada kerja. Tak boleh duduk diam, ada aja yang difikir untuk diushanya..:)
Engineer lah katakan..:))


Enterframe kejap...:))


Dalam jam 2 lebih, naik ke tingkat 25 utk casting. Oh ya lupa pulak, sebelum tu adalah isi borang2 terlebih dahulu. 

Ayyunie masa ni mood dah ok...tu yang senyum jer walaupun saya tahu senyuman tak ikhlas sangat...hihi
Tapi boleh tak ayah damia cakap cam ni..
"Gambar yang kita snap lagi cantik"...muahahaha..
Habis tu nak buat cam mana kan...hihi
Jom layan gambar2 yang saya snap pulak...
Sambil2 tu nak beli kebaya, blouse atau jubah dress pun boleh...hihi
Lagi comeyy kan gambar yang saya snap...setuju????




Ok lah, sekian sudah cerita casting both Damias.
Terima kasih ALLAH atas kurniaan rezekiMU terhadap keluargaku.
Sesungguhnya kuasaMU tiada hadnya..
Aminnn..

NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Photoshoot at Candy Land A Famosa || Terjebak join contest lagi!!!!

Tak tahu sebenarnya nak upload gambar mana dulu..
Sebab banyak sangat gambar sepanjang cuti-cuti 6 hari 5 malam kami di KL dan Melaka ni..
Ok lah finally alang2 saya dah edit sikit2 gambar kat bawah ni..
So saya decided upload gambar2 photoshoot di Cand Land A Famosa ni dulu..:))

Masa mula2 masuk pintu gerbang A Famosa lagi, saya dan students saya dah teruja tgk banyaknya candy-candy buatan di sepanjang jalan menuju ke Villa saya sewa tempohari. Ya Allah...sangat2 sweet dan mengujakan.. rugi pula tak snap2 kat semua tempat yang ada Candy2 tu...Ayah Damia cakap, malam lagi cantik sebab candy2 tu keluar cahaya (sebab ayah damia dan few students saya keluar cari arang malam tu). Dan rata2 candy2 tu semua warna merah. Ambil tema warna Chrismast Day!!!


Banyak2 Candy Land kat A Famosa tu, saya palingggggggggggggg berkenannnnnnnnnnnnn yang kat sini..
Entahlah, nampak macam sangat2 romantik dan peaceful place..
Tapi sayangnya kami pergi ke sini lepas jogging pagi tu.. so faham2 jer lah attire tak berapa proper..
Rata2 pakai t-shirt dan sport shoes termasuklah saya..
Kengkonon kalau photoshoot pagi2 tak panas..
Alhamdulillah memang cuaca sangat baik pagi 2nd day kami disana..


Wahhhh dan dan pergi bergambar dengan LOVE tu kan..
Dah panggil ayah damia bergambar bersama, tapi dia jual mahal pulak..
Padahal saya tahu dia segan nak romantik2 depan studentsnya


Dah lama cari frame macam ni..
Selalu nampak gambar mat salleh mat salleh dok posing cam ni..
Sebab nampak hidup yang dalam frame tu..
Finally terlaksana sudaaaaa..


Frame love pun ada...terbaiklah..!!


Hah ni saya paksa ayah damia utk bergambar dengan saya..
See, macam2 memek muka dia buat sebab nak cover segan bergambar depan studentsnya..
Hurmmm layan jer lah..


Suka gambar ni..
Tapi tgklah ayah damia tu, boleh pulak buat muka cam tu...gerammm betull!!!
Katanya gambar candid nampak more natural..
Kalau posing2 control macho atau control ayu sesuai utk gambar kahwin jer..haha
Ok lah I follow jer lah..


Alaaaaa, gambar kat sini sepatutnya boleh romantik habis ni..
Ayah Damia cakap kalau nak bergambar kat sini kena pakai proper attire, baru boleh romantik2..
Kalau pakai selipar ngan tracksuit cam mana nak ambil feel..
Hahahaha..betul jugak erkkk...ok lah I follow lagi..


Sudahnya lepas tu saya posing sorang2..
Hahaha, apa ada kisah posing depan students..
Kalau dah hobi posing tu apa pun tak kisah..
Lagipun my students memang dah tahu hobi saya...:))


Tetiba rasa macam model part time..
(ayat perasan, jangan sentap tau)


Banyak betul noted2 music kat situ..
Tak sempat nak bergambar habis sebab budak2 lelaki termasuklah ayah damia dah siap2 masuk kereta siap hon hon lagi..org lelaki memang susah erkkk nak feel time bergambar unless dgn isteri dan anak2nya sahaja kan..


Last but not least..
Permintaan students saya..
Katanya suasana sini cantik..
So saya pun ikutlah demand diaorg..
Btw gambar2 dalam kamera DSLR students saya lagi happening..
Sebab reramai kan, pastu macam2 gaya yg havoc diaorg buat..


Last sekali kami bergambar kat sini..
Betul2 lepas masuk pintu gerbang A famosa..
Tempat candy land lain tak sempat nak bergambar sebab geng2 lelaki sibuk jer nak balik cepat berendam dalam private pool kat villa tu...sabo jer lah...

Dan masa saya nak masuk kereta, tetiba students saya jerit 
"Cikgu, cikgu ada contest!!!"
Sambil salah seorang students saya tunjuk kat banner.
Wahhh diaorg pun tahu hobi saya join contest bergambar..
Tapi jujurnya saya tak tahu pun kewujudan contest A Famosa ni..
Tahu pun lepas baca kat banner tu..
Tapi sebab dah nak balik Villa punya pasal, saya just ingat FB contest tu je..
Yang lain2 saya niat dalam hati kalau ada gambar yang sesuai aku join, kalau tak, tak kisah pun.:))

Then semalam, saya try usha2 kat FB A Famosa tu..
Sekali tgk tema contest ialah "Candy Land A Famosa"..
Hahh ok lah tu since ada gambar kat Candy Land tu..

So, kalini saya terjebak utk contest "Like" lah pula..
So sesiapa yang berkesempatan, minta tolong LIKE gambar saya kat entry ni ya..:))
Thank you in advance kepada yang akan LIKE gambar saya dan Thank You so much kepada yang dah LIKE gambar saya..Jasa anda semua akan dibalas oleh ALLAH yang tiada had kekuasaanya..
TERIMA KASIH ALLAH!!!

Ni 2 link yang perlu vote anda..



Terima kasih sekali lagi untuk anda semua..:))






NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::