Monday, February 1, 2021

Resepi Macaroni Baked Cheese



YummmYummm..
Antara menu favourite anak-anak..
Budak2 zaman sekarang...
Lagi banyak cheese lagi suka..
Walhal kita dulu rasa cheese sikit pun dah "ngetak bulu"..
Sejak dah matang sikit ni barulah tekak boleh terima cheese2 ni..
Tu pun tak leh makan banyak..sebab cepat muak kan..
Tapi anak3 kat rumah ni ok je..
Lagi cheese leleh, lagi suka..


Sama je resepi dengan buat lasagna.
Cuma tukar lasagna sheet ke macaroni yang direbus je. 


Ni sebelum dibakar...


Yang ni pula semasa nak melapis dengan sos merah dan sos putih..

Ok jom tengok bahan2 untuk membuatnya..

Bahan2 sos merah:

500 gram daging kisar
1 tin kecil sos prego tomato, selasih & b.putih
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mentega
1 biji bawang holland dipotong dadu 
1 biji lada capsicum dipotong dadu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan perasa secukupnya

Bahan2 sos putih:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 keping keju cheddar
1 kotak kecil susu full cream
Lada putih, kiub pati ayam dan garam secukup rasa

Untuk hiasan:

Mozarella Cheese

Bakar dalam Air Fryer 200'c selama 15 minit..

Cara2 boleh refer video dibawah ya...


Selamat mencuba...





No comments: