Tampal memori 20/02/2021 disini.
Our first dine in during MCO 2.0
Walaupun PKP masih belum tamat dan akan ditamatkan pada 4 Mac nanti.
Tapi kerajaan telah membenarkan untuk dine in lebih dari 2 orang satu meja dengan bersyarat.
Iaitu berdasarkan keluasan meja dan asalkan ada penjarakkan 1 meter.
Peluang yang telah lama dinanti-nantikan oleh anak3.
Alhamdulillah..
Bagi ruang untuk anak3 happy.
Kerana anak3 juga manusia biasa yang akan ada fasa down, boring dan leka.
Dapat keluar makan bersama kat luar pun anak3 dah seronok dah.
Yang penting diaorg dapat berubah angin sekali sekala selepas beberapa bulan duduk rumah dan PdPR.
Lunch pun dah lewat ni.
Dalam jam 4:30 petang.
Sebab anak3 teman ibu ayah delivery sambal hijo bilis petai dulu dekat 7 buah rumah.
So kami decided untuk makan kat Bigfood Nong Chik alang2 dah sampai area situ delivery sambal.
Tak ramai orang.
Tempat pun luas.
Dan meja pun besar2.
Sesuai sangat dah dengan SOP kerajaan ni.
Menu kat atas tu menu feveret Daim forever kalau datang sini.
Pasta Meatball Carbonara..
Memang creamy dan kaw kaw.
Our Supreme Grill Platter
Makan 5 orang pun tak habis..
Dah kena tapau bawa balik..hihi..
Kenyang yakmat...
Ada chicken wings, lamb shoulder, turkey toast, BBQ Beef ribs, slice beef, minced beef, pepperoni, jumbo sausages, salami & chicken bologna.
Makan 5 orang pun tak habis..
Dah kena tapau bawa balik..hihi..
Kenyang yakmat...
Ada chicken wings, lamb shoulder, turkey toast, BBQ Beef ribs, slice beef, minced beef, pepperoni, jumbo sausages, salami & chicken bologna.
Then dah habis makan western, teringin nak makan chili crab pula.
Lidah nak makan yang pedas2 gitu lepas makan yang muak2 cheese.
Didatangkan dengan set roti sekali.
Ku sangkakan roti perancis, tapi rupanya roti sandwich biasa.
Ok lah juga cicah2 kuah chili crab ni.
Antara harga2 menu..
Harga reasonable dengan portion setiap makanan.
Sebab tu nama kedai pun Bigfood.
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment