Tuesday, January 12, 2021

Romantic Dinner @ Coxn Cafe, Pontian



Minum petang & makan malam berlatarbelakangkan laut.
Damai je bunyi ombak.
Suasana pun tenang je.
Jauh masuk ke dalam kampung.
Tapi tak pe, Waze ada ikut je lah.
Walaupun ada sesetengah jalan tu memang gelap gelita.


Tapi bila dah sampai..
Agak wow juga dengan dekorasi meja dan tempatnya.
Lagu2 yang dimainkan pun romantik. 
Kat meja sebelah kami ada yang candle light dinner.
Boleh call booking awal meja kalau nak celebrate apa2 majlis.
Lagi cantik bila time sunset katanya.


Boleh dengar deruan bunyi ombak yang asyikkk...
Masa ni pula hujan renyai2..
Memang sejukkkkk...


Makanan semua ada rasa.
Cuma deco pinggan dan saiz pinggan kena diperbaiki lagi.
Barulah syokkk makan western food portion besar yang disediakan.
Kat sini semua menu western, pasta & burger. 
Tak ada seafood, tak ada Tom Yam. 
Air chocolate & blended dia kaw kaw lebih kurang macam Air Starbucks dah.


Unik pondok2nya tu...
Dengan deco pasang langsir2 tu pula..
Memang menaikkan mood masa makan..


Juice buah, ice blended dan air chocolate dia memang kaw kaw..
Recommended..


Creamy Fettucine with chicken fillet untuk Daim..
RM16


Grill chicken untuk Aleesya
RM12


Australian Lamb Shoulder untuk saya
RM28


Rib Eye Steak untuk ketua keluarga
RM32


Coxn's rice with grill chicken untuk Ayyunie
RM16


Ber-romantik dinner dan candle light dinner lah kami sekeluarga  malam tu..
Alhamdulillah..
First time cuba makan di sini..
Dan masakan menepati citarasa kami..
InsyaAllah next time nak datang waktu sunset pula..
Dengarnya kalau waktu kemuncak cam tu memang ramai giler orang..


Alamat:
Coxn’s Cafe
Lorong Ibrahim , 
Jalan Parit Dukacita, 
Kampung Rimba Terjun, 
82000 Pontian , Johor.

No Telefon : 011-3621 8107


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

AzianKhalil said...

ooo...kat rimba terjun...habis PKP nanti boleh la terjah.

Ayu Zarina said...

AzianKhalil- saya first time tau nama tempat rimba terjun tu..kalau tak kerana ikut waze, belum tentu lagi saya sampai sini...hihi